Friday 30 December 2011

Bercinta Setahun, Kahwin Sehari

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat semua..semoga dipagi jumaat ini kite mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t..amin.. mlm tadi tengok semanis kurma tajuk nya menarik..sesuai lah untuk pasangan yang baru kahwin dan bakal berkahwin..banyak isu yang dibincangkan.. sekarang nie isu perceraian dikalangan pasangan muda yang baru usia perkahwinan tak sampai 5 tahun banyak bercerai..bila dengar kenyataan tue aku jadi macm takut.. mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai isteri?insyaAllah aku cuba berusaha menjadi isteri yang solehah..

Apa yang penting dalam perkahwinan ialah kesabaran..maklumlah sekarang nie ramai pasangan suami isteri bekerja..balik kerja masing-masing penat dan terjadi lah pergaduhan bila si isteri minta tolong pada suami..bila dah bergaduh sifat sabar dalam diri pasangan tak ada dan ego pun tinggi maka berlaku lah perceraian..yang jadi mangsa adalah anak-anak..so sifat sabar adalah penting dalam perkahwinan..

Selain itu, saling memahami antara satu sama lain pun penting dalam sesuatu perkahwinan..jika pasangan tidak boleh memahami antara satu sama lain mula lah timbul salah faham..jujur dengan pasangan, ikhlas menerima pasangan seadanya,bertolak ansur dan yang penting sekali jangan ada orang ketiga dalam hubungan..jika terjadi orang ketiga dalam perkahwinan kena lah cari penyelesaian supaya rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga..

Bagi pasangan bakal berkahwin carilah ilmu pengetahuan tentang agama agar perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati ALLAH s.w.t..

Thursday 29 December 2011

Selamat Hari Jadi Mak

Assalamualaikum,

Petang tadi ada game ping pong lawan antara jabatan..main suka-suka je coz tak pandai main pun..at least dengan adanya sukan jabatan nie boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf..maklumlah staf tempat aku keje nie dekat 100 lebih..ramai kan huhuhu game petang tadi habis cepat coz nak tengok episod last citer tentang dhia..ending citer nie sedih lah..akhirnya zikir dan dhia meninggal dunia so tak ada sape yang rebutkan zikir lagi..masih ada lagi ke perempuan sebaik dhia sanggup hidup bermadu walaupun hati terluka..

Sempena birthday mak hari nie..aku nk wish semoga mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak..semoga mak bahagia dikelilingi anak2 dan cucu2 yang comel..

carian google

Wednesday 28 December 2011

Selamat Bersara Mak

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun 2012..dup dap dup dap tinggal beberapa minggu tapi persiapan tak buat ape pun lagi..macam tak cukup masa je..sempat ke nak buat semuanya..harap2 sempat lah ea.. semoga dipermudahkan segalanya..

semalam mak last keje coz dah cukup umur bersara..so lepas nie mak dah boleh berehat sepuasnya dirumah sambil jaga zafran dan raisha (cucu kesayangan mak)..lepas maghrib adik lelaki ajak pergi makan steambot kt batu pahat untuk meraikan persaraan mak..first time pergi makan steambot nie macam orang jakun je.. hehehehe best gak sekali-sekala pergi makan steambot bersama family.. tempatnya ok dan layanan pun not bad lah..makanan steambot pun banyak dan sedap gak..boleh pergi lagi lepas nie..

p/s: maaf lah tak sempat nak ambil gambar coz masing-masing dah lapar..ruginya..huhu

Thursday 22 December 2011

Wang Kertas Baru 2012

Assalamualaikum,

Selamat pagi..sejuknya cuaca hari nie disebabkan hujan pada pagi tadi sehingga sekarang..lau kt rumah nie boleh sambung tido lagi..huahuahua apa nak jadi anak dara sorang nie membuta je tau nya..cuba lah wat kerja rumah..hihihi Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan wang kertas baru yang akan digunakan pada tahun 2012..

Disini ada sedikit coretan mengenai wang kertas baru..



 Wang kertas RM 20 yang baru..cantik warnanya..

Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan. 

Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga. 

Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia. 

Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Monday 19 December 2011

Hubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum,

Selamat malam semua..malam nie tak tahu nak wat pe..duk rumah sorang2 layan perasaan sambil dengar lagu jiwang..hihihihi  sambil tue boleh update entry sekali..tajuk kat atas tue ada gak kaitan dengan aku..dulu pernah menjalinkan percintaan jarak jauh a.k.a PJJ..apa yang diceritakan berdasarkan pengalaman aku sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun..

Jika kita mempunyai hubungan jarak jauh termasuklah yang sedang bercinta atau yang sudah kahwin memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi..maklumlah kita berjauhan dengan pasangan..antara tips yang boleh aku share ialah:
1. Saling percaya antara satu sama lain..jika kita tidak percaya pada pasangan maka akan timbul isu salah faham dan kerap bergaduh..
2. Jujur dan ikhlas..kita kenalah jujur dengan pasangan dan jujur pada diri sendiri..kena ikhlas terima pasangan kita seadanya..tiada manusia yang sempurna melainkan ALLAH..
3. Saling bertolak ansur..hubungan jarak jauh nie perlu ada sifat bertolak ansur..perlu memahami keadaan pasangan kita bila dia ada masalah atau sebaliknya..
4. Call atau mesej..zaman sudah berubah..teknologi sekarang semakin canggih dengan adanya 3G, facebook, twitter, email dan macam2 cara yang kita boleh guna untuk saling berhubung walaupun berjauhan..

Friday 16 December 2011

Ilmu Sihir

Assalamualaikum,

Selamat petang jumaat..sekejap dah hari jumaat..macam biasa menghabiskan masa cuti hujung minggu dirumah..tak ada plan nak pergi mana2 pun..pagi tadi bangun tido dikejutkan dengan berita sedih dan tergamam tanpa kata-kata..minggu nie mak kena kerja pagi dan rutin bangun pagi mcm biasa..selepas mak sarapan sebelum pergi kerja tiba-tiba mak muntah secara tidak sengaja dan benda yang dimuntahkan tue ada segumpal rambut..adakah mak terkena ilmu sihir..siapa yang buat?apa salah mak sampai orang tue guna ilmu sihir untuk balas dendam..

Sebelum ini mak pun pernah kena ilmu sihir tapi dah pulih sepenuhnya..sekarang perkara yang sama berlaku lagi..zaman serba moden dan teknologi canggih pun ada lagi yang masih mengamalkan ilmu sihir..kenapa perlu ada perasaan hasad dengki atau dendam dalam hati manusia..ilmu sihir tue adalah perbuatan munafik dan boleh memesongkan akidah umat islam..

Ya!Allah lindungi lah keluargaku dari hasad dengki dan ilmu sihir..semoga keluargaku dilindungi Allah s.w.t..kena amalankan membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah Al-Nas dan ayat Kursi sebagai pendinding diri..


Wednesday 7 December 2011

Saturday 3 December 2011

Music On Saturday #3




 Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday 1 December 2011

Kebahagiaan

Assalamualaikum,

Selamat malam..sekejapnya masa berlalu..hari nie dah masuk bulan Disember..ini bermakna tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi..bulan Disember lah bulan paling sibuk coz penutupan akaun bagi yang bekerja di sektor awam atau swasta..dah lama tak update entri..bukan idea tak datang tapi sibuk dengan keje yang tak pernah habis..huhuhu

Apa itu kebahagiaan??semua orang inginkan kebahagiaan..bahagia satu perkataan yang amat meluas maksudnya..terpulang pada setiap individu untuk mentafsirkannya..bagi saya kebahagiaan bukan terletak pada harta benda, rupa paras atau duit..semua itu bukan menjamin kebahagiaan..yang penting bagi saya mencari kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat..saya bahagia dikelilingi dengan orang2 yang saya sayang..

Jika kita miliki semuanya tetapi hidup tidak bahagia apa lah gunanya..pasti hari yang dilalui sunyi dan berasa bosan kerana tidak bahagia..kebahagiaan didunia bukan kekal untuk selamanya tetapi kebahagiaan diakhirat yang perlu kita cari..jika hidup tidak bahagia pasti ada yang tidak kena dan mulalah mencari kebahagiaan lain..seeloknya banyakkan lah amalan yang mendekatkan diri kita dengan ALLAH s.w.t pasti akhirnya kita jumpa dengan kebahagiaan yang selama ini kita cari..

i love my family so much..