Tuesday 31 January 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu

Assalamualaikum,

Hari terakhir dipenghujung bulan Januari..cepatnya masa berlalu..apa yang penting hidup perlu diteruskan walau apa yang terjadi..time rehat nie sempat lagi blogwalking di blog bro HasrulHassan.com dan aku terbaca satu segmen nie.. menarik gak segmen yang dibuat oleh bro HasrulHassan coz dapatlah aku promote blog aku yang tak seberapa nie..maklumlah aku budak baru dalam dunia blog..
 
sesiapa yang berminat bolehlah klik banner diatas untuk maklumat lebih lanjut..

Nama yang digunakan dalam blog: Cik Huda
Nama blog: littlegurlzdiary.blogspot.com
Rumusan: Mula start blog pada 26/07/2011..minat berblog timbul sejak aku baca blog seorang kawan..lagipun dari sekolah rendah aku suka menulis diari..dalam diari tempat aku luahkan isi hati dan segala-galanya..sekarang dengan adanya blog bolehlah aku berkongsi cerita dan bertukar pendapat dengan blogger lain..inspirasi aku untuk wujudkan blog sendiri atas dorongan seorang kawan iaitu blogger huda pemilik blog my sweet moments..dialah banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia blog..selain itu,aku juga belajar tentang blog dari blogger-blogger otai yang telah berpengalaman dalam dunia blog seperti ben ashaari,hanis zalikha,red mummy, maria elena dan beberapa blogger lain..seperti tagline mentor "tunjuk ajar ku sifu"..

Monday 30 January 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari semua..baru hari nie sempat nak update blog..minggu lepas sibuk dengan agihan budget dan kemaskini data aset difakulti..hari sabtu yang lepas aku ajak en TA join Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) Dr. Azizan, di Hotel Thistle JB..seminar nie banyak membantu aku untuk berfikir dengan lebih positif dan bertindak dengan cepat untuk berjaya didunia dan diakhirat..bagi sesiapa yang berkesempatan join seminar nie jangan lepaskan peluang yang ada didepan mata.. seminar nie memang best..tak rugi lau datang dari jauh-jauh..

Habis seminar nie en TA ajak pegi makan chicken chop kt elMigos di Sutera Mall..nie first time aku pegi sana..aku pernah pergi pun Plaza Angsana je..tempat-tempat lain aku lalu je tapi tak sempat nak singgah lagi..hihihi Sutera Mall nie besar gak..penat nak jalan satu bangunan nie..boleh sakit kaki wooo lau semua kedai nak masuk..

 muka en TA nampak penat coz baru je habis seminar..

 cantik kan design restoran nie nampak simple je..

 tak bersedia nak amik gambar..

 makanan dah sampai..tak sabar nak makan..

en TA order barbeque chicken chop..lau tak silap lah..susah nak sebut nama menu nie..

aku order cowboy chicken chop..sori lau silap nama menu nie..aku dah lupa..hihi

sebelum balik sempat posing lagi..

p/s: makanan kt sini semua sedap..lau sesiapa yang duk jb boleh lah singgah kt restoran nie..

Wednesday 25 January 2012

My E-day

Assalamualaikum,

Hari nie aku dah start keje semula coz dah lama sangat bercuti..aku start cuti dari hari jumaat + cuti chinese new year 2 hari + cuti sabtu ahad = 5 hari cuti..sampai aku rasa malas nak pergi keje hari nie..Alhamdulillah majlis pertunangan aku berjalan dengan lancar walaupun hujan turun dengan lebat pada petang tue..

Aku rasa berdebar-debar dan tak boleh tidur malam sebelum majlis..aku pun tak tahu kenapa jadi mcm tue..mak kata nie baru majlis bertunang belum lagi majlis akad nikah..lau time akad nikah tak tahu lah aku jadi pe plak ea..hihihi

sebelum majlis bermula harus kena amik gambar dulu coz nak hilangkan debaran dihati..dup dap dup dap..

hantaran dari pihak lelaki..tema warna biru..abaikan cawan disebelah tue..hihi

hantaran dari pihak perempuan..tema warna hijau krim..hasil gubahan dari aku sendiri atas pertolongan mak dan adik tersayang..

bakal mak mertua sarungkan cincin dijari manis..dalam hati hanya ALLAH saje yang tahu betapa nervous aku time nie..

bersama bakal ahli keluarga baru..first time jumpa mereka semua nie..

 bersama nenek, emak, adik dan anak buah (zafran dan raisha)..time nie raisha dah nyenyak tido coz penat bermain..

 zafran sempat posing sebelum makan..

bergambar dgn en TA..time amik gambar nie aku malu sangat2 coz kena bergambar depan family aku dan dia..

bergambar dengan sebahagian dari family en TA sebelum balik..

Saturday 21 January 2012

Part 3: Persiapan Bertunang

Assalamualaikum,

Selamat malam semua..baru 2 hari tak update entry dah rasa rindu kat blog..dalam blog nie lah tempat aku luahkan perasaan dan berkongsi berbagai cerita..

Hari nie last aku buat persiapan bertunang coz hari isnin dah berlangsung majlisnya..aku buat majlis kecil-kecilan hanya jemput saudara-mara saje..lagipun majlis nie bukan nak buat majlis bertunang..sebenarnya plan asal hanya untuk majlis merisik dan meminang tapi en TA request nak buat bertunang sekali..so dah jadi 3 majlis dalam satu masa..my family pun dah setuju dan dapat jimatkan masa..

Hari jumaat aku keluar cari barang dengan mak dari pagi sampai ke petang..cari barang hantaran mana yang tak siap lagi..hari nie aku keluar dengan en TA dari pagi sampai ke petang..temankan en TA cari baju dan tengok wayang sekali..tadi masa makan en TA ada bertanya soalan:
en TA: awk ada perasan tak?
aku: perasan pasal apa?
en TA: sepanjang kita kawan nie tiap kali keluar mesti nak tgk wayang..lau nak taw sy nie kaki wayang..
aku: sy perasan pun setiap kali awk ajak keluar mesti nak tgk wayang..

So pas nie persiapan bertunang tinggal nak betulkan sikit-sikit je..semua barang hantaran dah siap cari..rasa berdebar-debar plak nak bertunang nie..orang kata tempoh bertunang nie banyak dugaan dan cabaran..aku kena bersabar,bertolak ansur dan berdoa semoga dipermudahkan segalanya..

Wednesday 18 January 2012

1st Blog Giveaway: Lin Handmade Greetings Card

Assalamualaikum,

Hari nie ada 2 meeting yang kena attend..so pagi nie baru je habis attend meeting berkaitan audit kualiti MS ISO 9001:2008 yang akan diadakan pada 30 Jan hingga 1 Feb 2012..untuk makluman semua cuti staf dibekukan supaya boleh beri kerjasama semasa audit dijalankan.. petang nie ada meeting fakulti tapi tidak wajib untuk staf pelaksana tetapi staf akademik diwajibkan hadir..

Balik dari meeting terus aku sibuk blogwalking..dah jadi hobi bila tak sibuk aku terus nak blogwalking..seronok baca blog orang lain..dapat info tambahan dan berkongsi pandangan..aku baru je berjinak dalam dunia blog..banyak yang perlu diperbaiki lagi..

Aku ada join giveaway dari blog lin..lau nak maklumat lebih lanjut boleh klik di sini..blog lin sebenarnya buat handmade greetings card..cantik-cantik belaka semua kad yang dibuat oleh lin..aku selalu gak buat kad sendiri tapi dengan adanya blog ini boleh lah tambah ilmu lagi..

Part 2: Persiapan Bertunang

Assalamualaikum,

Selamat pagi..hari nie bersemangat aku pergi keje coz nak cuti jumaat nie....kan bagus lau hari-hari nak pergi keje bersemangat..baru best buat keje..hihi semalam balik kerja jumpa lori accident then malam tadi balik dari cari barang jumpa motor accident dengan mpv avanza..teruk gak keadaan motor tue..so kena berhati-hati di jalan raya..ok stop cerita pasal accident sambung balik taip entri berkaitan tajuk diatas..

Malam tadi aku kuar cari barang untuk persiapan majlis pertunangan minggu depan nie..tak taw nak masak menu apa untuk majlis tue nanti..cadangan menu dari mak nak masak mee goreng kerang, kek dan buah coz rombongan en TA datang sebelah petang..pas tue,mak nak buat biskut tart tapi aku nak buat cookies..xpe lah buat dua jenis biskut untuk memuaskan hati sendiri dan mak..biskut tue nak bagi untuk salah satu barang hantaran..pening gak aku fikir nak bagi apa lau 7 dulang hantaran nie..

Persiapan dah 70% cuma tinggal nak cari coklat, buah dan al-quran..hari jumaat nie kena siapkan semuanya coz tak nak lah nanti last minute ada yang tak siap lagi..baju pun tak cari lagi..banyaknya yang belum settle lagi..tak boleh tido malam dibuatnya coz selagi majlis tak selesai lagi..

Tuesday 17 January 2012

Tips 1: Makanan Mengurangkan Lemak

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..entry kali nie aku nak share tips kesihatan.. bagi sesiapa yang mengamalkan diet bolehlah mengamalkan tips ini..bagi mendapatkan diet yang terbaik bolehlah memilih beberapa makanan yang boleh menghindari lemak..antara tips yang boleh dikongsikan ialah:

1. Epal
Epal adalah sumber serat yang sangat baik..serat bukan sahaja dapat melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan kolestrol tetapi tidak menghasilkan banyak kalori sekali gus rasa kenyang mampu bertahan lama..

2. Salmon
Makanan laut sememangnya menjadi sebahagian daripada pilihan makanan yang sihat..pilihan yang terbaik untuk mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan ialah ikan salmon..lemak ikan ini mampu membuat rasa kenyang bertahan lama..

3. Tomato
Mengambil banyak sayuran sememangnya baik untuk diet..antara sayur-sayuran yang disarankan ialah tomato..sebiji tomato merah hanya mengandungi 43 kalor..selain itu, tomato dapat mencantikkan kulit..

4. Badam (almond)
Sebilangan kita mempunyai tabiat gemar mengunyah sesuatu ketika selang waktu makan utama..apa kata kunyah saja segenggam badam sebagai kudapan pada waktu siang..kajian membuktikan wanita yang makan kacang badam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu lebih berjaya menjaga berat badan berbanding mereka yanag tidak mengambilnya..

5. Tauge
Tauge bukan setakat murah bahkan mengandungi banyak fosfat, zat besi dan air..tauge dapat mencegah terbentuknya lemak dibawah kulit..tauge boleh dimanfaatkan menjadi sebahagian daripada makanan diet..

Sumber: akhbar mega utusan malaysia

Monday 16 January 2012

Part 1: Persiapan Bertunang

Assalamualaikum,

Selamat pagi..mulakan hari ini dengan senyuman dan ceriakan diri..walaupun banyak masalah kena hadapi dengan tenang dan berfikiran positif..setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya.. pagi nie pergi kerja lambat coz siapkan barang hantaran malam tadi..alhamdulillah persiapan dah 60%..

Untuk persiapan hantaran tunang nie aku buat sendiri coz nak tengok boleh ke tak aku buat sendiri..dengan pertolongan mak, aku berjaya buat sendiri gubahan hantaran walaupun tak secantik gubahan hantaran dikedai.. apa yang penting aku buat hantaran sendiri dengan ikhlas hati..

Entry kali nie aku tak sempat nak upload gambar gubahan hantaran yang aku buat sendiri..bukan apa aku tak sempat nak amik gambar coz sibuk siapkan gubahan hantaran.. sebenarnya seronok siapkan hantaran nie lau kite banyak idea dan kreatif..

Saturday 7 January 2012

Music On Saturday #4


Penerang Hati – Sixth Sense dan Saujana

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu

Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x

Thursday 5 January 2012

Kisah Lama

Assalamualaikum,

Selamat pagi..hari nie aku tak berapa sihat sangat..tapi dalam tak sihat tue tetap nak taip entry kat blog.. peristiwa semalam betul-betul menguji aku disaat lagi 2 minggu nak bertunang..selama nie aku cuba lupakan peristiwa tue walaupun dah setahun berlalu..

Sebelum nie, aku pernah menjalinkan hubungan jarak jauh selama 5 tahun  dengan si A tapi apa yang aku dapat..si A salahkan aku kerana tidak pernah memahami dia dan selalu sakitkan hati dia..aku cuba buat yang terbaik untuk mempertahankan hubungan aku dan si A tapi ada orang yang ketiga dalam hubungan kami..si A putuskan hubungan kami dan bertunang dengan perempuan tue..

Aku cukup sedih dengan apa yang berlaku tapi hanya mampu menanagis..mujur ada emak yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk aku bangkit semula..aku banyakkan berdoa, menggaji dan berzikir untuk tenangkan hati..hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu..

Semalam tunang si A tiba-tiba mesej aku..tak tahu lah dia nak apa sebenarnya..baru aku tahu tak lama lagi si A dan dia akan bernikah..sedihnya aku bila dapat tahu insan yang aku sayang akan kahwin dengan orang lain..sudah tertulis bahawa jodoh aku dengan si A cukup sampai disini..jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t..aku redha dengan ketentuannya..

Tidak lama lagi aku bakal bertunang dengan en TA..apa yang aku harapkan agar dipermudahkan segala urusan..semoga kami mampu hadapi segala dugaan semasa bertunang dengan sabar dan tenang..

Wednesday 4 January 2012

Dugaan @ Ujian

Assalamualaikum,

Hari nie dah start sesi persekolahan bagi tahun 2012..ramai ibubapa yang cuti hari nie coz nak hantar anak-anak pergi sekolah..teringat zaman sekolah dulu..bestnya dapat ulang semula masa lalu..untuk anak buah tersayang, Mohd Rifqi Zafran pergi sekolah jangan nangis taw.."abang budak baik kan..kena dengar cakap cikgu ea"..punya lah excited anak buah aku nie nak pergi sekolah..budak-budak biasalah mesti tak sabar nak pergi sekolah jumpa kawan-kawan baru..

Awal tahun dah mula demam, sakit tekak, selsema dan batuk..nie semua ujian dari ALLAH s.w.t..aku kena sabar menghadapinya..bila dah sakit nie nak buat kerja pun tak ada mood..barang hantaran pun tak siap lagi..semalam baru siapkan bahagian base untuk hantaran..tak taw lah bilanya nak siapkan barang hantaran..bukan sebab sakit je tapi ada sebab lain yang buat mood aku tak ada nak siapkan barang hantaran..ermmm biarlah rahsia ea..

Malam tadi aku dapat mesej dari orang yang merampas ex-pakwe aku dulu..tapi yang peliknya dia nak pulangkan semula ex pakwe aku semula..untuk apa dibuat semua itu aku tak taw lah..tue yang buat aku tertanya-tanya..dugaan pe yang datang lagi nie..Ya ALLAH! bantu lah hambamu ini..

Monday 2 January 2012

Review Filem 2011

Assalamualaikum,

Petang nie bukan tak ada kerja nak buat tapi aku tak boleh nak print report dari sistem..printer tak boleh nak sharing plak..so boleh lah aku update entry..awal-awal tahun nie bersemangat aku nak update entry..sepanjang tahun 2011 boleh dikatakan banyak gak aku melabur duit kat panggung wayang..hehehe sebelum nie boleh dikira berapa kali je aku pergi tengok wayang..semua nie gara-gara en TA yang ajak pergi tengok wayang..

Filem pertama ialah Songlap..


Bagi aku jalan cerita nie berat cikit lah untuk memahaminya..tapi lakonan shahiezy sam dalam cerita nie berkesan..memang patut pun dia menang pelakon terbaik..cuma ending cerita nie tak ada kesudahan coz watak sara ali dan syafie naswip tergantung..

Filem kedua ialah Suatu Malam Kubur Berasap..


Jalan cerita filem nie menarik dan santai..lagi pun cerita nie lawak komedi..tak adalah seram sangat pun..lau nak hilang kan stress tengok lah cerita yang macam nie..pas tue tak adalah stress lagi..dengan adanya pelakon seperti angah dan along dari maharaja lawak filem nie berjaya membuat penonton terhibur..filem nie memang best..

Filem ketiga ialah Papa I Love U..


Filem nie pun menarik gak..jalan cerita berkisah kasih sayang antara anak dan ayah..tak rugi lau tengok cerita nie..walau susah macam mana seorang ayah tue tetap ingin menjaga anaknya sendiri.. lakonan lisa surihani dan zalif sidek memang berjaya menarik perhatian penonton diserikan pula dengan lakonan adik mia sara yang comel..

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..entry pertama di awal permulaan tahun 2012..semoga tahun ini menjadi yang lebih baik untuk aku..tahun 2011 meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka buat aku..apa yang berlaku tahun lepas membuatkan aku menjadi lebih tabah dan sabar menghadapi semua dugaan..

Tinggal 2 minggu lagi aku bakal bertunang so lepas nie tak boleh nak menggatal lagi dengan orang lain..hehehehe semoga apa yang dirancangkan pada tahun ini dipermudahkan segalanya oleh ALLAH s.w.t..amin.. persiapan satu pun tak buat lagi..macam tak cukup masa nak buat semua..rumah belum kemas, barang hantaran tak start buat, kek belum tempah lagi dan macam-macam perkara nak fikir..apa-apa pun aku kena buat persiapan dengan tenang dan sabar..tak boleh tergopoh-gopoh nanti satu pun tak jadi..huhuhuhu