Wednesday 29 February 2012

Tahun Lompat

Assalamualaikum,

Selamat pagi..sekejap je masa berlalu..29 Februari 2012 merupakan tahun lompat..ramai yang dah tahu bahawa tahun nie merupakan tahun lompat..disebabkan tahun lompat aku nak buat entry last di bulan Februari coz tahun lompat nie berlaku 4 tahun sekali..so lau nak buat entry mcm nie kena tunggu 4 tahun lagi lah..hehehehe


Apa itu tahun lompat? Tahun lompat (leap year) merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim..tahun lompat mengandungi 366 hari, manakala tahun-tahun yang lain, tahun biasa mengandungi 365 hari..sesiapa yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac..


Sempena 29 Februari 2012 aku nak wish "HAPPY BIRTHDAY" kepada sesiapa yang menyambutnya pada hari nie..so boleh lah korang sambut besar-besaran ea coz 4 tahun sekali je boleh meraikannya..

Monday 27 February 2012

Produk Safi Rania Gold

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..mulakan hari nie dengan senyuman dan semangat untuk bekerja..motivasikan diri sendiri untuk dapatkan mood untuk bekerja dengan lebih ceria..pagi nie nak update entry berkaitan produk penjagaan muka yang aku gunakan..

Sebelum nie aku dah cuba pelbagai produk kecantikan..so akhirnya aku tekad mencuba produk Safi Rania Gold setelah aku search di internet berkaitan testimoni keberkesanan produk nie..aku dah mencuba Safi Rania Gold selama 5 bln..Alhamdulillah kesannya memang menakjubkan..kesan pada kulit lebih lembut dan nampak lebih cerah..

Antara produk Safia Rania Gold yang aku ialah:

Pembersih wajah lebih mendalam
sumber: google
Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD membersih sambil melembap secara mendalam untuk mengatasi kekeringan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Dirumus dengan pH seimbang untuk melembap dan menjadikan kulit terasa halus. Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam.

Skrub wajah
sumber: google
Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD menanggalkan dengan lembut kotoran mendalam dan sel kulit mati yang menutupi liang roma untuk menyihat dan mengembalikan keserian kulit wajah.

Berasaskan krim dengan pH seimbang yang memberikan lembapan berpanjangan kepada kulit.


Penyegar
sumber: google
Penyegar SAFI RANIA GOLD menanggalkan sisa kotoran pada wajah dengan lembut.

Dirumus dengan air mawar, ianya tanpa alkohol dan tidak melekit sambil mengecilkan liang roma serta mengembalikan keanjalan dan kesegaran kulit.

Krim pelembap siang
sumber: google
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI RANIA GOLD mengandungi perlindungan UV ekstra untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB.

Ia juga mengandungi bahan pengaktif kolagen untuk menstrukturkan dan mengembalikan semula keanjalan dan meningkatkan lembapan kulit.

Krim pelembap malam
sumber: google
Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD bertindak secara intensif untuk memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan menghidrat kulit wajah di waktu malam.

Krim yang berasaskan gel ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda dan lebih anjal.

Krim kecantikan
sumber: google
Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membekalkan nutrien penting yang bertindak mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus.

Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan dan asas solekan untuk kulit wajah kekal awet muda, anjal dan cerah sentiasa.



p/s: selamat mencuba..so pada sesiapa yang telah mencuba boleh lah share testimoni ea..

Sunday 26 February 2012

Filem Adnan Sempit 2

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..hari nie tak ada ape-ape program so duk umah diam-diam..hihihi sambil tengok tv aku sempat update entry dan blogwalking blog kawan-kawan..sejak bertunang nie aku jarang keluar pergi dating dengan En TA..

Semalam En TA ajak keluar pergi tengok wayang..dah lama kitaorang tak keluar bersama..plan asal mula-mula nak teman En TA pergi cari peralatan memancing tapi kitaorang terus pergi BP Mall tengok wayang citer Adnan Sempit 2 dulu..then habis tengok wayang baru teman En TA pergi beli peralatan memancing..

Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam (sbg Adnan), Intan Ladyana (sbg Nadia), Yana Samsudin (sbg wawa), Along Raja Lawak (sbg bobby), Along Chem (sbg Ismat) dan pelakon lain..filem ini mengisahkan bapa Nadia iaitu Datuk Ithnin meletakkan syarat kepada Adnan untuk berubah menjadi orang korporat dalam tempoh masa 30 hari untuk mengahwini Nadia..Adnan kena belajar bertutur bahasa Inggeris, bermain golf dan tampil dengan imej korporat.. Adnan cuba berusaha untuk memenuhi permintaan Datuk Ithnin dan mendapatkan bantuan Bobby untuk mengajarnya bermain golf dan bertutur bahasa Inggeris..manakala Ismat mengajarnya memandu kereta..pelbagai kisah menarik dan lucu yang berlaku sepanjang tempoh masa berkenaan..

Filem ini memang best dan tak rugi beli tiket wayang..so pada sesiapa yang belum tengok filem ini apa kata cepat-cepat pergi menonton di pawagam..bagi aku part dalam filem ini yang best bila Adnan belajar bahasa Inggeris..En TA memang suka citer berunsur komedi coz boleh hilangkan stress dan lupa pada masalah yang sedia ada..


credit picture: Beautifulnara

Friday 24 February 2012

Perjalanan Yang Jauh

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..dah lama tak update blog..selalu blogwalking je..so hari nie aku nak update entry pasal semalam..sebelum tue aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi singgah & follow..pada yang sudi singgah & follow aku dah balas semula kunjungan mereka..

Semalam aku amik cuti sehari coz nak hantar mak uruskan masalah pembelian rumah di Labis, Segamat..so aku gerak dari rumah pukul 7.30 pagi then sampai umah abg long pukul 9.00 pagi..pejabat perumahan negeri Johor skrg dah berpindah kt Nusajaya..first time drive pergi Nusajaya selalu abg long yang drive..tapi semalam abg long keje so kena lah pergi dgn kak long..

Nasib ada kak long yang tunjuk jalan lau aku pergi dgn mak je alamak sesat lah jawabnya..first time pegi tak dapat nak ingat jalan lau dah dua tiga kali pegi mesti aku ingat jalan hihihi Nusajaya nie macam Putrajaya tapi banyak lagi pembangunan yang belum siap..

Sepanjang perjalanan nak balik Parit Raja dari umah abg long hujan turun dengan lebat sampai aku nak drive pun tak nampak jalan..aku kena drive dengan berhati-hati coz drive time hujan nie bahaya..kesimpulannya semalam aku drive dari Parit Raja (umah aku) - Taman Nusa Indah (umah abg long) - Nusajaya (pejabat perumahan Negeri Johor) - Taman Nusa Indah (umah abg long) - Parit Raja (umah aku)..penat drive satu hari..

Monday 20 February 2012

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"

Assalamualaikum,

Selamat malam..tadi aku blogwalking di blog Srikandi Bonda..ada banner Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan" anjuran leeza de blog..nasib aku tak pengsan lagi..hihihi maklumlah follower bukan ramai mana pun.. dengan adanya segmen seperti nie dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan blogger..




sesiapa yang ingin join segmen nie sila klik banner diatas untuk maklumat lebih lanjut..

Thursday 16 February 2012

Tips 2: Petua Simpan Sayur

Assalamualaikum,

Hari nie aku kena jaga kaunter pendaftaran pelajar baru..jumlah pelajar yang mendaftar lebih kurang dalam 350 orang sahaja..maklumlah sesi kali ini untuk pelajar lepasan diploma kejuruteraan dan cikgu-cikgu sekolah rendah yang menyambung ijazah perguruan..

Semalam baca surat khabar jumpa petua simpan sayur..so aku nak share petua nie dalam blog..jika menyimpan sayur didalam peti sejuk terlalu lama pasti sayur tersebut akan layu dan tidak segar untuk dimasak..berikut beberapa petua yang boleh diikuti agar daun sentiasa segar walau disimpan dalam jangka masa yang lama..

1. Boleh guna plastik menyimpan makanan untuk memastikan sayur menjadi segar lebih lama..plastik penyimpan makanan nie seperti pembungkus sandwich atau kuih-muih..
2. Pastikan sayur dalam keadaan kering sebelum disimpan..pastikan sayur dalam keadaan kering kerana air yang berlebihan boleh membuatkan sayur-sayuran menjadi busuk..
3. Rendam dua helai kertas kosong bewarna putih didalam air selama 2 atau 3 minit..kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya..masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembap..kesegaran sayur akan bertahan..
4. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik..kemudian simpan didalam peti sejuk.. cara ini akan membuatkan sayur-sayuran segar selama seminggu..
5. Bagi sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kobis, potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut..sapukan sedikit garam dan minyak masak..kemudian simpan didalam peti sejuk..pastinya sayur-sayuran ini akan kekal segar dan tidak cepat rosak.. 

Friday 10 February 2012

Sempena Maulidur Rasul: Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum,

 Khutbah terakhir ini disampaikan baginda pada 9 Zulhijjah Tahun Ke 10 Hijrah Di Lembah Uranah,Arafah..oleh itu, marilah kita renungi khutbah tersebut yang merupakan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

 Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, beremah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.


 Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu".     


p/s: sama-sama lah kita hayati khutbah terakhir Rasulullah S.A.W..

Saturday 4 February 2012

Music On Saturday #5

                        

 Tanpa Dendam Di hati - Siti Nurhaliza

Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

Ulang chorus 2x

Wednesday 1 February 2012

Resipi Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum,

Masa majlis pertunangan aku tempoh hari, mak ada buatkan kek coklat kukus..sedap sangat kek tue..aku bawaklah pegi ofis untuk bagi kawan2 rasa then ada seorang kawan nie request nak kek tue lagi..so aku buat kan kek untuk dia.. hari nie aku share resipi dengan semua pembaca blog..


carian google
(maaf lah gambar tak sempat nak snap tapi rupa kek coklat kukus sama macam diatas nie)

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan A
1 1/4 cawan air mendidih
1 1/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula kastor 

Bahan-bahan B
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 3/4 cawan tepung kek
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
3/4  sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat

Cara membuat
1. Didihkan air dan masukkan serbuk koko dan gula..kacau hingga sebati dan sejukkan..
2. Didalam mangkuk, campurkan semua bahan A bersama bahan B dan kacau menggunakan pemukul gelung *(yang nie aku guna mixer tangan)..
3. Masukkan dalam bekas plastik tahan gelombang microwave mengikut saiz yang anda suka..kukus selama 25 minit atau sehingga kek masak *(aku lebihkan 5 minit so 30 minit aku kukus kek tue)..

Bahan topping
500gm coklat hitam atau cair *aku guna 250gm coklat masak
150gm susu cair atau krim
1 sudu mentega

Cara membuat topping
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga  cair..curahkan atas kek dan hias mengikut citarasa anda..

selamat mencuba!!!
(^_^)