Tuesday 27 March 2012

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari semua rakan blogger..semalam aku amik cuti untuk menguruskan beberapa urusan yang tertangguh..alhamdulillah semua urusan dah selesai..hari sabtu dan ahad baru-baru nie aku join family day pejabat bendahari cuma aku lambat cikit lah update entry..maaf lah belum sempat edit gambar lagi..bila dah siap edit gambar nanti aku update entry ea..

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Saje nak bagi tajuk entry gempak cikit hari nie..hehehehe jangan marah ea..mesti korang pernah dengar lagu diatas kan..lagu cinta muka buku nyanyian adik najwa latif.. sekarang kan lagu nie tengah hot dan famous..lagu nie ada kaitan dengan diri aku tapi semuanya secara kebetulan saje..

Aku berkenalan dengan En TA secara tidak sengaja dalam facebook a.k.a muka buku..walaupun kami satu sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tapi kami tak pernah bertegur sapa..bukan nak kata aku sombong tapi aku seorang yang pendiam waktu zaman sekolah jadi budak-budak lelaki takut nak tegur aku..

Masa birthday En TA tahun lepas aku saje wish dalam facebook..so secara tidak langsung selang beberapa hari En TA pun hantar mesej kat FB aku bertanya khabar dan ucap terima kasih sebab wish birthday dia..aku pun tak sangka dia yang tegur aku dulu..start dari hari tue kami pun berkawan.. walaupun 8 tahun kami satu sekolah tapi berlainan kelas En TA boleh kata dia tak pernah nampak aku kat sekolah..tak ape lah aku memang tak famous kat sekolah.

Facebook a.k.a muka buku lah yang telah menyatukan kami berdua..semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan seperti yang dirancangkan..amin..

Friday 23 March 2012

Sejarah Solat 5 Waktu

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..dah lama tak update entry asyik blogwalking blog org lain je..skrg nie memang sibuk dengan kerja so sempat blogwalking je..huhuhu aku curi-curi masa utk update entry coz kat opis nie tak ada org tinggal aku sorang je..esk aku dah gerak pegi pahang join family day ofis lain.. disebabkan aku ada 2 ofis so aku boleh join mana-mana aktiviti yang dianjurkan..

Aku nak share dgn korang berkaitan sejarah solat 5 waktu..maybe ada yang dah tahu sejarah nie tapi aku tetap nak share gak ea..jgn marah taw..


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Saturday 17 March 2012

Music On Saturday #7

Assalamualaikum,
    



Tentang Rasa - Astrid

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu


reff:
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

repeat reff [2x]

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya


Monday 12 March 2012

Birokrasi

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari..hari nie aku cuti kecemasan (EL) coz ada masalah yang tidak dapat dielakkan..lagi pun cuti aku tahun nie banyak lagi..so pas nie setiap bulan aku kena amik cuti..lau asyik kerja je sampai tak ada masa nak rehat nanti jatuh sakit pulak..kesihatan pun kena jaga..

Aku geram betul hari nie..minggu lepas aku ada hantar borang pendahuluan seoarang staf untuk buat cek pendahuluan pergi LI (Latihan Industri) kat Pejabat Bendahari..tapi sampai hari nie aku follow up balik cek tue masih belum dapat disiapkan disebabkan bosnya tidak ada.. banyak betul birokrasinya..aku dah hantar awal borang tue awal kat Pejabat Bendahari tapi boleh pulak staf tue buat lambat..salah aku  ke atau staf tue yang tak buat kerja...

Lau nak tau birokrasi tue maksudnya ialah sebuah konsep sosialogi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial..pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi..

Bila dah banyak sangat birokrasi dalam sesebuah organisasi kerajaan maka akan timbul rasa tidak puas hati dalam diri individu yang terlibat..peraturan yang dibuat perlulah memudahkan pelanggan berurusan bukan menyusahkan pelanggan..

Saturday 10 March 2012

Music On Saturday #6

Assalamualaikum,    



          

Maha Melihat - Opick ft Amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku


Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya


Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat


Kau yang maha pengasih
Kau yang maha
penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali

Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

Back to Reff: 2x

Friday 2 March 2012

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalamualaikum,

Sekejap je dah hari jumaat..ptg nie aku akan bertolak pergi jb coz kena jd babysitter..malam nie abg long aku kena keje malam sampai hari sabtu..so aku kena lah jaga dua org anak sedara yang baik-baik belaka..plan asal malam nie nak pergi main bowling dengan kwn-kwn ofis tapi terpaksa dibatalkan.. sedihhhhhnyaaa tak dapat join...huhuhu

Keje dah siap boleh lah aku blogwalking sementara nak tunggu masa balik..petang nie aku berpeluang join GA dari blog Wawa Abdullah..saje aku join GA nie untuk mengisi masa lapang..hihi

 sesiapa yang ingin join GA sila klik gambar diatas untuk maklumat lebih lanjut ea..

Antara hadiahnya ialah:
 Pertama:
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua:
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga:
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

Jom ramai-ramai join GA nie..tarikh penyertaan bermula dari
17hb February - 15 March 2012

Thursday 1 March 2012

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

Assalamualaikum,

Pagi nie sempat blogwalking di blog abg Ben Ashaari..fuhhh masih belum terlambat nak join segmen dari blog abg Ben Ashaari..first time nak join segmen yang dibuat oleh blogger hebat seperti abg Ben Ashaari..so bagi mereka yang baru bertapak dalam dunia blog macam aku nie boleh lah join segmen nie..dengan adanya segmen seperti nie boleh mengeratkan silaturahim sesama rakan blog..

untuk maklumat lebih lanjut boleh klik banner diatas ea..

Sila tinggalkan kata-kata azimat "ANDA BERMINAT UNTUK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA?" diruang comment.. InsyaAllah aku akan follow balik secepat mungkin dan blog korang akan dimasukkan dalam senarai bloglist littlegurlzdiary bermula hari nie hingga akhir bulan April 2012..jom ramai-ramai kita join segmen abg Ben Ashaari..