Saturday 28 April 2012

Music On Saturday #8

 Assalamualaikum,




Aku Suka Dia - Ainan Tasneem 

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara

Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


 Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

 
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria

Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

 
Aku suka dia

Friday 27 April 2012

Gangguan Sihir

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..bangun pagi tadi dah start bersin dan batuk..dugaan sebelum nak berangkat ke tanah suci..tak ape lah sakit nie kan penghapus dosa-dosa kecil..so aku kena sabar dengan semua dugaan nie..aku terbaca satu article berkaitan gangguan sihir dalam satu akhbar sisipan utusan malaysia..aku nak share sedikit info berkaitan gangguan sihir..

Tanda-tanda awal gangguan:
1) Pesakit akan berasa berdebar-debar tanpa sebab..rasa tidak sedap hati atau tidak merasa tenteram..
2) Pesakit akan merasa desiran angin yang bergerak pantas atau desingan yang kuat sama ada disebelah telinga atau kedua-dua belah telinga..
3) Pesakit mungkin mendapat lintasan wajah seseorang didalam mindanya secara sepintas lalu..

Tanda-tanda diri dimasuki jin:
1) Pesakit merasa hujung-hujung jari tangan dan kaki bagai dicucuk jarum, rasa seperti terbakar atau panas..
2) Pesakit merasa kebas-kebas pada anggota badan terutama kaki, tangan dan muka..
3) Pesakit rasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk atau kepala..
4) Sakit perut yang memulas-mulas seperti dijerut tali..
5) Merasa seram sejuk atau seperti hendak demam..
6) Merasa meremang pada tengkuk..

Tanda-tanda kerasukan:
Ia biasa berlaku ketika pesakit sedang menjalani rawatan yang dalam keadaan lemah sehingga syaitan dan iblis begitu menguasai sepenuhnya..terutamanya ketika ayat-ayat al-quran dibacakan kepada pesakit..
1) Pesakit akan menggigil dan meronta-meronta..
2) Pesakit akan menjerit, ketawa, mengilai dan menangis..
3) Mata pesakit akan memandang dengan pandangan yang tajam seperti mengancam dan penuh dendam..
4) Meminta supaya jangan membaca al-quran..
5) Muntah-muntah yang teruk..
6) Batuk tanpa henti..
7) Terus hilang kesedaran diri dan mula mengeluarkan suara yang kasar dan berlainan dari suara asal dengan bertutur dalam bahasa asing seperti siam, jawa dan dialek lain..
8) Pesakit menjadi kuat dari tenaga asal..

Thursday 26 April 2012

Minggu Audit Akreditasi

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua blogger..tinggal lagi 2 minggu je nak berangkat ke tanah suci tapi tak kemas barang-barang lagi..bagi aku yang penting kena buat persiapan diri dulu supaya dipermudahkan segala urusan disana..minggu nie kat ofis aku minggu sibuk dengan audit Akreditasi Kejuruteraan (EAC)..sana sini cerita pasal OBE..pendek kata makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah semua gara-gara audit EAC..tapi aku tak ada lah macam tue..hihihihi

Audit EAC nie penting bagi graduan yang bakal konvo atau yang belum tamat lagi coz ijazah yang diterima tue bakal penentu masa depan diaorang..lau ijazah tue tak diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia maknanya diaorang susah nak dapat kerja..kesian diaorang penat belajar selama 4 tahun tapi ijazah tak diiktiraf..

Aku berharap usaha yang dilakukan ahli jawatankuasa serta ahli pengurusan akan terbalas..sekurang-kurangnya dapat 3 tahun pun jadi lah dari tak dapat langsung..sama-sama lah kite berdoa supaya segala usaha yang dibuat selama nie akan berjaya..amin..

Wednesday 25 April 2012

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum,




p/s: ikuti contoh Rasulullah S.A.W sebagai ketua keluarga..

Monday 23 April 2012

Segmen: "Jom Join SukaGelak Blogwalking"

Assalamualaikum,

Minggu terakhir dihujung bulan April..entry untuk bulan nie tak banyak coz kemalasan melanda dalam diri untuk menaip entry..yang tinggal hanya kerajinan blogwalking dalam diri aku..maaflah pada yang tunggu entry baru dari aku..hari nie aku nak join segmen dari blog sukagelak..aku join segmen nie untuk menambah kenalan yang sedia ada dan tukar pendapat sesama rakan blogger..


pada sesiapa yang ingin join segmen nie sila klik banner diatas ea..

Friday 20 April 2012

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Assalamualaikum,
  
Selamat pagi jumaat semua blogger..semoga dihari yang mulia nie kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH s.w.t..hari aku nak share tazkirah untuk kita sama-sama dapat manfaatnya.. 
 
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman..ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan..

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar..bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan..

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
  

p/s: itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat..semoga kita termasuk dan tersenarai didalam golongan tersebut..

Sunday 15 April 2012

Cantik Di Hati

Assalamualaikum,

Selamat malam..saje nak share sedikit info malam nie..sebenarnya dah bosan tak taw nak buat apa..nak tengok tv pun xda rancangan menarik..so aku terlebih rajin menaip entry malam nie..huhuhu

- seorang wanita biasa akan kelihatan cantik
- seorang wanita manis akan kelihatan semakin manis
- dan seorang wanita cantik akan kelihatan jauh lebih cantik, jikalau:

* ia sentiasa menjaga iman dan takwa kepada Allah..
* ia sentiasa berpegang pada sunnah dan al-quran serta meneladani Rasul-Nya..
* ia sentiasa menutup aurat serta tidak berlebihan jika berhias..
* ia selalu berbakti kepada kedua orang tuanya..
* ia sentiasa patuh dan taat pada suaminya (jika telah berkahwin)..
* ia sentiasa menjaga kesopanan dalam bertutur kata (percakapan)..
* ia sentiasa menjaga keindahan tingkah laku dan budi pekertinya..
* ia bersikap ramah dan saling sayang menyayangi antara sesama saudara..
* ia juga hormat kepada orang yang lebih tua dan menghargai orang yang muda..
* ia menjauhkan diri dan tidak suka memfitnah..
* dan ia pandai menempatkan diri baik dalam bertutur kata serta sikap ketika bersama sesiapa pun dan dimana jua..


sumber: majalah mingguan wanita

Friday 13 April 2012

Family Day 2012 - Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Pahang

Assalamualaikum,

Selamat petang semua bloggers..sekejap je dah hari jumaat..cuti hujung minggu nie tak ada plan pergi mana-mana so berehat sepuasnya dirumah..hari ahad nie aku ingatkan nak ajak en TA training badminton coz aku ada game staf lawan antara jabatan..aku nie tak ada lah pandai main badminton tapi setakat pukul bulu tangkis boleh lah..hihihi aku tak ada jurulatih profesional mcm Lee Chong Wei..so aku lantik lah en TA sebagai jurulatih tak bertauliah..

Kisah aku pegi family day di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Pahang baru nak update hari nie..citer dah lapuk 2 minggu pun..jgn marah ea coz lambat update entry dalam blog..aku pergi naik bas ramai-ramai dengan staf lain..nak drive sampai Pahang belum berani lagi..family day kali nie aku ajak mak sekali..jom kite layan gambar kat bawah nie ea..




















Thursday 12 April 2012

Ini Link Saya...Sila Promote! - Segmen Dari Bicara Mak Dara

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua bloggers..dah lama tak update entry baru kan..semalam dah puas berehat kt umah sempena cuti umum Pertabalan Yang Di Pertuan Agong..hari nie bersemangat nak update entry berkaitan tajuk diatas..terima kasih lah pada yang sudi singgah blog ini dan follow sekali ea..nanti ada masa aku akan terjah semua blog yang tersenarai dalam list blog mak dara ea..berikut list blog yang tersenarai..ada 33 semua sekali jumlah blog ea..

1) mynameisaimii.blogspot.com
2) http://emmaeema.blogspot.com
3) pupel.blogspot.com

4) http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/ 

5) http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/

6) http://citershark.blogspot.com

7) http://masrinasidek.blogspot.com

8) http://aziazidah.blogspot.com

9) http://mayandhanis.blogspot.com/

10) http://pinkfrogy.blogspot.com

11) http://nitashidi.blogspot.com

12) http://sitiatikah.com

13) http://topimagine.blogspot.com/

14) adzahaiqal.blogspot.com

 15) http://missymelly.blogspot.com
 16) http://trueny.blogspot.com
17) http://lovingyoumydear.blogspot.com/

18) http://ezzardesire.blogspot.com/

19) www.notahati.com
 20) http://bakul2011.blogspot.com/
21) http://www.adzriel.com/

22) www.nornadiah.com

23) http://nanieybarnieylurviey.blogspot.com

24) http://www.ciklilyputih.com

25) http://hazey-2ndjanuary.blogspot.com 

26) http://rinnamanja.blogspot.com  

27) http://storysalawakya.blogspot.com/ 
 
28) http://asleez-asrolareleez.blogspot.com

29) http://www.101.myetech9.com/

30) http://www.mialiana.com/

31) http://misszberceloteh.blogspot.com/

32) http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com

33) http://azuramendezz.blogspot.com/

salam perkenalan semua bloggers..terima kasih sekali lagi coz sudi singgah di blog ini..