Wednesday 30 May 2012

Tuesday 29 May 2012

Jadual Kerja

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..minggu terakhir dalam bulan Mei..disebabkan aku dah puas cuti rehat pada hari sabtu dan ahad so naik keje hari isnin macam malas nak buat kerja..bila tengok jadual kerja yang padat dari hari isnin sampai khamis aku rasa macam tak cukup masa nak siapkan kerja hakiki..aku ada masa seminggu je lagi nak siapkan kerja..ada sape2 nak tolong buatkan kerja aku?

Jadual kerja aku dari isnin sampai khamis..
Isnin - Selasa (28 - 29 Mei 2012) = Kem Robotik Pertandingan Gen II Soccer Robot Dan Sumo Robot
Rabu - Khamis (30 - 31 Mei 2012) = Kursus Kesedaran ISO Dan Amalan 5S

Sebelum aku bercuti panjang semua kerja mesti disiapkan..lau tak siapkan kerja nanti bos marah dan hati tak senang bila nak bercuti..

Friday 25 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..semoga kita mendapat syafaat darinya..sekarang dah masuk bulan rejab maknanya tinggal sebulan je lagi nak bulan puasa..sekejap je masa berlalu..diam tak diam nak masuk bulan 6..

Pagi nie aku nak share tentang kelebihan di bulan rejab..

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT..Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT..Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal..Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam..Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya..Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT..Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab”

Kelebihan Bulan Rejab
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat..
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku..
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya..
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya..
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)..
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka..
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga..
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan)..
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga..
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
  • Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya..
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan..

Tuesday 22 May 2012

Rahsia Seorang Wanita

Assalamualaikum,

Sorry lah sejak kebelakangan nie aku jarang update blog..aku sekadar silent readers setiap kali blogwalking..idea nak menulis ada cuma bila balik rumah nak buka laptop punya lah malas tak taw lah kenapa dengan aku nie..(bila penyakit M nie ada dalam diri susah lah nak buat kerja)..

Aku nak share something dgn semua rakan blogger tentang rahsia disebalik seorang wanita..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik".Ibnu-majah.


Saturday 19 May 2012

Music On Saturday #9

 Assalamualaikum,




Sedang Apa Dan Dimana - Sammy Simorangkir 

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)

sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta

ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

sedang apa dan dimana wooo


sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta

ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani menjalani menjalani janji hati kita

Monday 14 May 2012

Birthday Boy

Assalamualaikum,

Suasana panas di ofis membuatkan aku terus tak ada mood nak buat keje..hihihi (jgn marah ea bos) nie disebabkan gara-gara tak ada aircond di ofis susulan kejadian pada hari jumaat yang lepas..hari nie adalah hari ulangtahun anak sedara aku yang sulung..lau pun dah wish kat dia semalam aku tetap nak buat gak entry untuk budak hensem nie..

Happy birthday to Muhammad Rifqi Zafran yang ke 4 tahun..(happy birthday to you, happy birthday to zafran, happy birthday to you) semoga jadi budak yang soleh dan dirahmati Allah..jom layan gambar-gambar dia dari kecik sampai skrg..

masa umur dia setahun..

kecik-kecik dah pandai bergaya..

zafran & raisha..

zafran dgn nenek..

comel je dia buat mulut mcm nie..

dah pandai buat peace..

Ibu Ratuku

Assalamualaikum,

Selamat pagi hari isnin..mulakan hari nie dengan ceria..semalam merupakan hari ibu..so adik-beradik aku semua balik untuk meraikannya..ape pun tanggapan orang berkaitan sambutan hari ibu bagi aku yang penting adalah niat kite..hari-hari adalah hari ibu cuma bezanya jika ada anak yang tidak tinggal bersama ibu pasti 13 Mei akan menyambutnya..aku tak ada lah sambut dengan meriah tapi cukuplah sekadar untuk menggembirakan hati seorang ibu.. yang penting bagi seorang ibu bila semua anak-anak dan cucunya dapat berkumpul bersama..

Terima kasih pada emak coz sanggup bersusah payah menjaga aku dan adik beradik lain serta memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi..segala jasa dan pengorbanan emak tidak mampu kami adik-beradik membalasnya..i love u mum..

Lagu nie aku dedikasi kan untuk emak tersayang..

 Mawar Putih Untuk Mama - Sharifah Aini

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku



Thursday 10 May 2012

Ada Apa Dengan Bulan Mei

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua blogger..pagi nie masuk ofis aircond tak ada..kepanasan melanda seluruh ofis..bila dah panas nak buat kerja pun tak ada mood..kena lah bersabar ea..macam sauna dah dalam ofis nie..sangat tidak selesa ok..

Bulan Mei nie terdapat beberapa peristiwa yang berlaku..
  •  1 Mei - Hari Pekerja
 

  • 5 Mei - Hari Wesak

  • 12 Mei - Hari Jururawat

  • 13 Mei - Hari Ibu
 
  •  16 Mei - Hari Guru
 

Wednesday 9 May 2012

Wordless Wednesday #11

Assalamualaikum,
 

p/s: nie lah buku yang aku beli semasa pesta buku di PWTC tempoh hari..belum habis baca lagi semua buku nie..

Friday 4 May 2012

Kelebihan Bersedekah

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..marilah kita bersama-sama selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w..semoga kita mendapat syafaat di akhirat nanti..kisah nie rentetan dari peristiwa aku pergi pesta buku di PWTC..selama 5 jam menunggu bas ganti datang, aku dan kawan-kawan hanya duduk memerhati orang yang datang bersilih ganti di r&r..dari petang sampai ke malam macam-macam gelagat orang yang aku perhatikan..

Ada satu rombongan dari sekolah tahfiz berhenti di r&r then budak-budak nie ada yang makan dan ada yang solat..dari jauh aku terlihat seorang budak nie duduk di satu sudut sambil memerhatikan kawan-kawan yang lain makan..dalam hati aku terdetik kenapa budak nie tidak makan bersama kawan-kawan yang lain..aku terfikir tak ada duit ke budak nie..aku ingin mendekati budak nie untuk bertanya tapi aku takut budak nie fikir apa nanti..so aku suruh kawan pergi tanya budak tue sambil sedekahkan pau yang dibeli tadi..

Kalau lah aku jadi kawan dia, aku akan kongsi makanan yang dibeli untuk dimakan bersama..sampai hati kawan-kawan dia tak pelawa dia makan sekali..aku cerita kisah nie pada mak..then mak tanya kenapa tak sedekahkan duit pada budak nie..banyak kebaikan bersedekah nie..betul gak kata-kata mak..kenapa aku tak fikir time tue lau bagi duit kan dapat membantu budak nie..menyesalnya aku tak dapat bersedekah pada budak tue..jika kita ingin bersedekah biarlah dengan ikhlas hati bukan dengan paksaan atau ingin menunjuk-nunjuk (riak)..

Dihari jumaat yang penuh keberkatan, aku nak share sedikit info berkaitan bersedekah..

Fadilat Bersedekah
1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang  berharta dan kaya.
 2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
 3.  Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.Ini menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah

Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
“Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya” (al-Bukhari)

Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan..di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat..

Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima Di akhirat
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

 Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan..

Thursday 3 May 2012

Disebalik Tadbir Pesta Buku PWTC

Assalamualaikum,

Selamat petang semua blogger..nak update entry yang tertangguh beberapa hari nie..semalam aku ikut rombongan pergi pesta buku di PWTC..pergi ramai-ramai menaiki bas..kan seronok macam rombongan sekolah (teringat zaman sekolah dulu rajin gak join aktiviti rombongan)..biasalah pagi tue ramai yang tak sarapan lagi so decide nak berhenti di r&r pagoh malangnya banyak kedai tak buka lagi..sedihnya..perjalanan diteruskan dan berhenti di r&r ayer keroh..masing-masing muka kelaparan coz dari pagi tak makan..dah lah kena berkumpul di dataran dalam pukul 7.45 pagi..dah lah bertolak dari parit raja lambat..

Sampai di PWTC lebih kurang dalam pukul 1.00 ptg..masa aku sampai awan dah gelap menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa dengan angin yang bertiup kuat..bila masuk dalam PWTC ramainya budak-budak sekolah terasa diri macam budak sekolah lagi..hihihi so misi diteruskan dengan meneroka setiap pelosok dewan untuk mencari buku..penat gak nak menjelajah setiap dewan..akhirnya jumpa gak buku yang aku ingin beli..aku beli buku di booth PTS dapatlah diskaun 35%..rugi sape yang tak beli..

Hajat dihati bila dah siap beli buku nak keluar pergi SOGO tapi hujan tak berhenti lagi..tak boleh lah nak pergi sana..huahuahua bila hari hujan tak boleh nak gerak pergi mana-mana..pusing lah lagi dalam setiap dewan untuk menjelajah lagi booth mana yang belum masuk lagi..bila tiba kat booth Telaga Biru ada pengumuman bahawa sekejap lagi Ustazah Norbahiyah (Semanis Kurma) akan datang untuk promosi kan buku dia..dapat gak jumpa dengan ustazah walaupun depan booth tue ramainya orang berpusu-pusu untuk dapatkan tandatangan ustazah..

Bas bertolak dari PWTC dalam pukul 5.10 ptg time orang dah balik kerja..jalan jem disana sini..hujan yang berterusan selama beberapa jam menyebabkan air sungai naik ke paras bahaya dan melimpah ke jalan raya..maka terjadilah banjir di Kuala Lumpur..ingatkan kat kampung je yang banjir tapi kat bandar pun boleh banjir bila sistem perparitan tidak diuruskan dengan sempurna..

Bas rombongan berhenti di r&r seremban untuk makan dan solat jamak maghrib serta isyak..tiba-tiba pengawai pengiring beritahu bahawa bas mengalami kerosakan teknikal..apalagi hanya tuhan je tahu perasaan time tue..ada rasa geram, marah, sakit hati dan macam-macam lagi..tapi apa boleh buat kena tunggu bas ganti baru boleh balik..lamanya kena tunggu bas ganti datang..kitaorang kena tunggu dekat 5 jam kat r&r tue..dah lah penat, letih dan nak makan pun tak lalu..

Bas ganti sampai dalam pukul 12.00 tengah malam..perjalanan yang tertangguh akhirnya dapat diteruskan gak..sampai umah dalam pukul 2.30 pagi..masuk bilik air basuh muka dan kaki terus tido..hari nie aku masuk ofis lambat cikit gara-gara kejadian malam tadi..