Tuesday 31 July 2012

Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..hari nie dah masuk 11 Ramadhan..marilah kita sama2 tingkatkan amalan di pertengahan bulan Ramadhan..semoga segala amalan yang kita lakukan diterima ALLAH s.w.t..

Diantara kelebihan Ramadhan:
  • umat manusia akan dinaungi Ramadhan..bagi yang telah meninggal dunia terlepas daripada seksaan kubur..
  •  bulan penuh keberkatan dan terdapat satu malam yang mana nilainya adalah lebih baik daripada 1000 malam..
  •  amalan sunat sama dengan solat fardu, manakala solat fardu mendapat 70 kali lipat ganda, bulan sabar dan pahalanya adalah syurga, bulan menambah rezeki..
  • merupakan bulan keampunan, doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, sepertiga malam..
  • kelebihan terbesar ialah 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah maghfirah (keampunan) dan 10 hari terakhir adalah dijauhkan daripada api neraka..

Wednesday 25 July 2012

Tuesday 24 July 2012

Hikmah Berzikir

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..alhamdulillah dah masuk hari ke 4 kite berpuasa..marilah kita tingkatkan amalan dibulan mulia nie..semoga segala amalan yang kita lakukan dapat diterima oleh Allah s.w.t..amin..selain membaca al-quran dan bersedekah, amalan sunat yang kita boleh lakukan ialah banyakkan berzikir..sambil buat kerja kat ofis tue boleh berzikir dalam hati atau dengan suara perlahan..

Dengan berzikir kita dapat banyak hikmah..antaranya:

Firman Allah s.w.t maksudnya
 "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar"
(al-Ahzab 35)

Dari Rasulullah s.a.w

 "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga"
(H.R Muslim)

Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa..
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah..
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya..
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah..
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan..
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat..
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya..
• Akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti..
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga..
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam..
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan..
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya..
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya..
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit..
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan..
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil..
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik..
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat..
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu"..

marilah kita sama-sama berzikir agar mendapat keredhaan dari Allah s.w.t 

sumber: dakwah2u

Saturday 21 July 2012

Music On Saturday #11

Assalamualaikum,


Rindu Ramadhan - Devotees

Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali

Keindahan yang tiada tara
Kemuliaannya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu...Aku rindu
Rindu pada kedatangan
     Bulan yang padanya keberkatan (2x)

Ya Allah tolong sampaikan hajatku
Untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran (2x)

Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum,

Selamat petang jumaat..hari terakhir di bulan Sya'aban sebelum menyambut kedatangan Ramadhan esok hari..disini aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata aku dalam blog nie menyinggung perasaan kawan-kawan semua..semoga kedatangan Ramadhan kali nie memberi keberkatan untuk kite semua dan sama-samalah kite perbanyakkan amalan dibulan mulia nie..puasa kali nie merupakan puasa terakhir aku sebagai orang bujang sebelum aku melangkah ke fasa baru tahun depan..

Sempena kedatangan bulan Ramadhan nie aku nak share sesuatu..

rugi dan sangat rugi andai berpuasa tapi tidak solat...
rugi dan sangat rugi andai berpuasa di siang hari tapi membazir makanan di malam hari...
rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga dan pada masa yang sama mengumpul dosa..
rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga pada siang hari dan berbukanya sambil berpegangan tangan dengan kekasih hati yang tidak halal..
rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi sepanjang hari menayang aurat tanpa silu...
rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi asyik memfitnah mengumpat mengata...
rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi leka menyantap mata dan telinga dengan maksiat melata...
rugi dan sangat rugi sedangkan Ramadhan itu bulan yang rahmat Allah..
rugi dan sangat rugi sedangkan Ramadhan itu bulan pengampunan Allah..
rugi dan sangat rugi sedangkan Ramadhan itu bulan pembebasan dari api neraka..
rugi dan sangat rugi tika mana puasa itu hanya sekadar menahan lapar dahaga...

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

  

Monday 16 July 2012

Geram

Assalamualaikum,

Maaflah entry kali nie untuk lepaskan geram..biar aku cerita dari awal supaya korang boleh faham ea..my mum ada beli rumah kos murah di segamat..rumah tue dah habis bayar tahun lepas then my mum pergi pejabat perumahan untuk dapatkan geran rumah..bila pergi pejabat perumahan diaorang kata rumah atas nama orang lain..terkejut lah bila time beli dulu nama tue dah clear dalam sistem tapi bila dah habis bayar loan wujud nama orang lama semula..

Aku macam nak saman je pejabat perumahan coz diaorang tak pandai buat kerja..boleh salahkan my mum coz tak check dulu masa awal2 beli rumah tue..sebelum beli lagi my mum ulang alik pejabat perumahan check rumah tue bukan nama orang lain..banyak betul birokrasi bila berurusan di pejabat kerajaan..

Sekarang bila nak uruskan pertukaran hak milik rumah kena lantik peguam baru coz peguam lama pun sama tak tahu buat kerja..peguam lama tue tahu amik duit je..nak uruskan pertukaran hak milik rumah bukan senang..banyak kerja nak buat..kesian kt my mum nk uruskan semua nie..aku pun penat gak ulang alik parit raja ke johor tolong my mum uruskan semua nie..

Masalah nie semua berpunca dari pejabat perumahan lau tahu dari awal nama orang lain janganlah jual sesuka hati kat pembeli macam my mum..kami nie bukan orang senang..rumah tue beli pun hasil titik peluh my mum bekerja selama 15 tahun..

Saturday 14 July 2012

Music On Saturday #10

Assalamualaikum,



 Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Friday 13 July 2012

Sekadar Renungan

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat semua..dah lama rasanya tak menaip entry dalam blog..maklumlah sejak naik cuti tak ada masa nak menaip entry..baca blog pun curi-curi masa sekejap..nak blogwalking pun tak ada masa..naik cuti banyaknya kerja atas meja..itu baru 2 minggu cuti lau aku cuti 3 bln ke 2 bln ke mesti dah menggunung kerja atas meja..huhuhu cerita aku pergi umrah nanti update dalam entry lain ea..gambar tak sempat nak edit lagi..

Dipagi jumaat yang mulia nie aku nak berkongsi sedikit info yang akau baca dalam facebook..

Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu:
~✿ 2 rakaat sebelum Zuhur

~✿ 2 rakaat sesudahnya Zuhur
~✿ 2 rakaat selepas Maghrib
~✿ 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan
~✿ 2 rakaat sebelum solat Subuh.” 
(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh”
(Hadis riwayat Tarmizi r.a.)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)