Thursday 16 August 2012

Ucapan Hari Raya

Assalamualaikum,

Selamat petang semua bloggers..mesti ramai yang dah start cuti untuk pulang ke kampung halaman..maklumlah sekolah dah start cuti hari nie..pada yang memandu untuk pulang ke kampung sentiasa berhati-hati di jalan raya dan pandu dengan cermat ea..jangan berlumba di jalan raya untuk cepat sampai ke destinasi..

Tinggal beberapa hari lagi, syawal bakal menjelma..so aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua bloggers..walaupun readers tidak ramai tapi aku tetap menghargai bloggers yang sudi singgah di blog yang tak seberapa nie..aku mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan ada kata-kata yang menyinggung perasaan pembaca blog..jika ada kesempatan jemputlah datang beraya ke rumah ea..




Tuesday 14 August 2012

Minggu Akhir

Assalamualaikum,

Sekejapnya masa berlalu..diam tak diam sekarang dah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan..terasa sayu bila bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi..mungkinkah akan ada Ramadhan untuk kita lagi pada masa akan datang..sama-sama lah kita berdoa supaya dipanjangkan umur agar dapat menjalankan ibadat puasa dengan kesihatan yang baik..

Minggu akhir kerja nie tak ada mood nak buat kerja..kepala dah fikir macam-macam nak buat untuk persiapan raya..mesti ramai yang dah start cuti awal kan coz cuti sekolah di awalkan pada hari khamis..untung cikgu-cikgu sekarang dapat cuti raya awal..aku amik cuti 3 hari je..nak cuti lama-lama pun bosan gak..

Sana-sini orang dah mula pasang lagu raya..nie yang buat aku tak sabar nak raya..tahun nie aku sambut hari raya ala kadar je..semalam pergi beli kan baju raya ready made untuk mak..nak beli kain dan hantar kat tailor dah tak sempat..lagi pun beli ready made nie senang tak payah fikir nak cari tailor..so sekarang fikir menu apa nak masak dipagi hari raya?kawan-kawan sila bagi idea..