Friday 30 November 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..hari terakhir dalam bulan november..sekejap je masa berlalu..esok dah masuk bulan disember bermakna dah sampai penghujung tahun 2012..perasaan semakin berdebar-debar menanti hari bahagia..semoga Allah permudahkan segala urusan persiapan majlis perkahwinan aku dan en tunang..

Jodoh itu rahsia Allah..hanya Allah sahaja yang tahu segalanya..perancangan Allah itu cantik..sudah tertulis di Luh Mahfuz dengan siapa kita berkahwin dan telah tercatat juga tarikh bila kita akan berkahwin..apa yang kita mampu buat hanya berdoa, berusaha dan bertawakal..jika belum sampai jodoh itu, banyakkan lah bersabar dan terus berdoa..Allah maha mendengar segala permintaan hambanya cuma lambat atau cepat saje Allah makbulkan doa kita..

Aku bersyukur dengan perancangan Allah tetapkan pada diriku..Allah sengaja pertemukan aku dengan orang yang salah tetapi akhirnya Allah pertemukan aku dengan orang yang betul-betul jodoh aku..bila Allah dah berkata "kun fa ya kun" maka terjadilah perkara tersebut..aku bercinta dengan en tunang selama 6 bulan dan terus mengikat tali pertunangan..alam pertunangan tidak sentiasa indah, kadang-kadang kita diberikan ujian dan dugaan untuk mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..

 Pesanan untuk kawan-kawan yang belum bertemu jodohnya, jadilah orang yang terbaik pada diri sendiri, ibubapa, kawan-kawan dan orang-orang yang berada disekeliling..bila kita jadi yang terbaik InsyaAllah jodoh itu pasti hadir..jangan mudah berputus asa..teruskan berusaha dan berdoa pada Allah..


sumber: google



Thursday 29 November 2012

Hadiah Hari Jadi | Corset

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari semua..dah lama tak update blog..bulan nie kan bulan paling sibuk buat aku..hari khamis yang lepas masa cuti hari keputeraan Sultan Johor, en tunang ajak pegi KL beli barang hantaran mana yang tak complete lagi..persiapan untuk barang hantaran hampir 90% tapi belum sempat lagi aku nak buat gubahan..

Aku pegi KL sampai hari sabtu..sebab ape aku saje balik BP hari sabtu coz hari jadi aku jatuh pada hari ahad..en tunang ajak celebrate birthday dan suruh aku pilih hadiah sendiri..tak suprise lah coz aku dah taw hadiahnya..sorry lah aku terlupa nak amik gambar pada hari kejadian..en tunang ajak makan kt Kenny Rogers..bukan selalu makan kat sini..after makan baru kitaorang pegi cari hadiah..asalnya aku request nak suruh en tunang beli cincin emas putih tapi last minute aku tukar plan nak hadiah sunglasses..


Semalam en tunang call bagi taw pasal corset..dia beli kan aku corset jenama elken sebagai hadiah hari jadi..aku rasa peliklah tiba-tiba en tunang suruh aku pakai corset..aku tanya lah kenapa belikan corset so jawapan en tunang ialah suruh aku nampak lagi cantik..dalam kepala aku mula lah fikir bukan-bukan..hihihihi aku tak pernah pakai corset sebelum nie mesti rasa tak selesa masa awal-awal pakai nanti..pagi tadi aku search dalam google pasal corset elken..kat bawah nie contoh corset yang aku kena pakai lepas nie..

sumber: google


Wednesday 7 November 2012

Tuesday 6 November 2012

Aktiviti Bulan November | No. 25

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..bulan november nie boleh di katakan bulan yang paling aku sibuk selain bulan-bulan lain..nampak tak kesibukan aku nie mengalahkan jadual perdana menteri..hari nie aku ada meeting dan esoknya lagi aku ada meeting..minggu depan cuti umum sempena depavali dan awal Muharam..

Bukan sibuk dengan kerja-kerja ofis tapi aku juga sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan..ayat aku mengalahkan ayat wakil rakyat je..hihihihi maksud aku aktiviti kemasyarakatan tue ialah kena attend majlis kahwin kawan-kawan..majlis kahwin aku insyaAllah tahun depan..tapi persiapan baru buat 40%..


Bulan november nie ofis aku ada buat 2 event besar iaitu TechRural 2012 dan ICME 2012..aku telah dilantik sebagai ajk untuk event ICME 2012..tahun nie je aku sibuk nanti tahun depan aku dah sibuk dengan perkara lain..hehehe


Ada apa dengan no. 25 nie? banyak kaitan no. 25 nie dalam kehidupan aku..cer tengok list kat bawah nie:
  •  25. 11 - My Birthday (jgn lupa bagi hadiah ea..)
  •  25. 6 -  Birthday en. tunang
  •  25. 7 - Birthday kak wati (bakal akak ipar)
  •  25. 8 - Birthday adik lelaki
  •  25. 5 - Birthday nenek
 selain tue senang nak ingat gaji masuk..lau gaji orang keje gov kan masuk pada 25hb..sebab tue aku suka sangat dengan no. 25 nie..

Thursday 1 November 2012

Zafran Waktu Kecik

Assalamualaikum,

Selamat pagi..semoga hari nie lebih baik dari semalam..cepatnya masa berlalu, dah masuk bulan november maka banyak lah undangan majlis kahwin yang aku dapat..bila dah cuti sekolah ramailah yang mengambil kesempatan untuk buat majlis kahwin, majlis aqiqah, majlis berkhatan, majlis bertunang dan macam-macam majlis lah..

Pagi nie sampai ofis awal..so sementara belum buat keje aku buka lah folder gambar anak buah aku yang sulung nie..masa nie dia lah satu-satunya cucu kesayangan mak..tengok gelagat dia masa kecik-kecik geramnya..so korang layan gambar dia kat bawah nie ea..


Muhammad Rifqi Zafran waktu kecik: