Monday 31 December 2012

Penghujung Tahun 2012

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..hari nie dah sampai penghujung tahun 2012..pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu..permulaan tahun 2012 bermula dengan kenangan manis iaitu saat aku bergelar tunang orang..pelbagai kisah suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun 2012..Alhamdulillah tahun 2012 aku dapat lalui dengan pelbagai dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah dengan tenang..walaupun adakalanya semua dugaan dan ujian yang datang boleh mematahkan semangat aku tapi dengan pertolongan dari Allah aku berjaya menghadapinya..terima kasih ya Allah..

Esok bermulanya tahun 2013..maka lagi 26 hari lagi aku bakal menjadi isteri orang..saat ini pelbagai perasaan yang bermain difikiran aku..semoga segala urusan untuk mendirikan masjid dipermudahkan oleh Allah..bila dah jadi isteri orang kena ingat tanggungjawab sebagai isteri..dah tak boleh macam orang bujang lagi..sedihnya dah nak meninggalkan zaman bujang..


Saturday 29 December 2012

Music On Saturday #14

Assalamualaikum,




 Angin Syurga – Misha Omar

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

Ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri...

Sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku…tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu...bibir mu

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi



Wednesday 19 December 2012

Khasiat Ketawa

Assalamualaikum,

Selamat petang semua.. bulan Disember nie nampaknya kurang entry dari aku coz tak ada masa nak menaip entry baru..maklumlah dah hujung tahun banyak kerja nak buat..biasanya hari rabu kebanyakan blogger keluar entry bergambar tanpa kata-kata..so hari nie aku nak update entry dengan kata-kata..

Siapa suka ketawa?orang yang suka ketawa nie boleh awet muda..so pas nie jgn kedekut nak ketawa ea..saintis nendapati ketawa 100 kali sehari mampu menghasilkan latihan otot sama seperti 10 minit mendayung..ketika ketawa terbaha-bahak, jantung akan berdetik sebanyak 120 kali..

Antara khasiat ketawa ialah:
  • Merendahkan tekanan darah
  • Merangsang mood
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Memperbaiki fungsi otak
  • Melindungi jantung
  • Merapatkan hubungan dengan orang lain
  • Melegakan perasaan
  • Membuatkan kita berasa selesa
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghilangkan rasa marah
  • Meredakan tekanan (stress)
  • Meningkatkan paras oksigen dalam darah
  • Awet muda


p/s: ketawa menjadi terapi paling murah yang boleh dilakukan semua orang tanpa had.

Wednesday 12 December 2012

Thursday 6 December 2012

Persediaan Mental & Fizikal

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..sekarang nie waktu lunch hour so boleh lah aku taip entry..idea banyak tapi tak taw nak mulakan yang mana satu dulu..semalam aku dapat satu berita gembira..cuba korang cer teka??yang paling gembira of course lah my mum..adik aku yang baru kahwin bln 10 hari tue call bagi taw yang dia sekarang ngah pregnant 5 minggu..so maknanya tahun depan my mum dapat 2 orang cucu..kakak ipar aku dijangka bersalin bulan 2 dan adik aku plak dijangka bersalin bulan 8..maka bertambahlah anak buah aku..tahun depan kena sediakan duit raya banyak2 nie..pas nie turn aku plak ea..hihihihi nampak sangat tak sabar..

Malam tadi bual kosong dengan my mum sebelum tido..my mum tanya lagi sebulan nak kahwin nie persediaan mental dan fizikal macam mana..perkahwinan nie ialah perkongsian hidup sebagai suami isteri disamping mencari keredhaan Allah..bagi aku, persediaan mental dan fizikal tue masih dalam proses pembelajaran..insyaAllah aku cuba berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..amin..aku berdoa supaya diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh alam perkahwinan ini..bukan semua orang hidup berumahtangga bahagia tapi pasti akan diberikan ujian dan dugaan dari Allah..mudah-mudahan rumahtangga yang bakal didirikan diberkati dan diredhai Allah..

Kadang-kadang aku jadi takut untuk hidup berumahtangga kerana mendengar pelbagai citer dari kawan-kawan yang telah berumahtangga..bila dengar cerita dari kawan-kawan serba sedikit mempengaruhi fikiran aku..apa yang penting my mum banyak bagi nasihat untuk aku jadikan bekalan bila berkahwin nanti..aku nie emosi sedikit bila my mum tegur atau bagi nasihat mesti nak sedih dan mula lah air mata nie nak jatuh..emak mana yang tak sedih bila anak perempuan nya bakal berkahwin..lagi-lagi aku nie memang jenis rapat dengan emak..