Saturday 26 January 2013

Sticky Note: Watikah Raja Sehari

Assalamualaikum,

Saya ingin menjemput semua rakan blogger yang duk area batu pahat, johor atau sewaktunya dengannya untuk hadir ke majlis perkahwinan saya dan en tunang..

Tarikh: 26 Januari 2013 (14 Rabiulawal 1434H)
Tempat: Dewan Orang Ramai, Parit Raja, Batu Pahat, Johor


  

Semoga kehadiran kalian semua dapat menyerikan majlis ini dan di berkati Allah s.w.t..

Wednesday 23 January 2013

Wednesday 16 January 2013

Emak Segalanya

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..pagi tadi bangun tido ingat kan hari nie hari khamis rupanya baru je masuk hari rabu..persiapan majlis kahwin dah hampir 80% siap..sekarang nie sibuk packing doorgift untuk bagi tetamu yang datang..nak kahwin perlukan belanja yang besar..mana yang boleh jimat perbelanjaan aku terus cut cost..jangan buat majlis sampai membazir..zaman sekarang nie perbelanjaan kahwin makin meningkat..bila buat majlis kahwin kena ikut kemampuan diri sendiri..jangan ikut trend atau budaya suka menunjuk-nunjuk..

Malam tadi sambil packing doorgift sempat lagi mengimbau zaman dulu-dulu..aku nie memang seorang yang rapat dengan emak..pergi mana-mana pun berdua dengan mak..bila dah kahwin nanti mesti rasa sedih coz dah biasa duk bawah ketiak emak..masa aku belajar kat matrikulasi dan universiti emak lah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan masa belajar..masa aku belajar kat matrikulasi kolej negeri aku kerap demam, maybe masa tue aku terkejut coz kena berjauhan dengan emak..ye lah sejak tingkatan 1 sampai 5 mana pernah duk asrama..nie namanya kejutan budaya..

Masa nak interview kerja pun aku bawak emak sekali..tak kira lah aku dapat interview kerja kat mana mesti emak yang temankan..aku pergi interview bawak emak coz rasa takut dan berdebar tue tak adalah sangat..emak sentiasa bagi kata-kata semangat sebelum aku masuk interview..bila nak kahwin nie lagi lah aku fikir macam-macam..pendek kata memang tak boleh nak berpisah dengan emak..
 
Gambar family masa pergi bercuti di Penang..dalam gambar nie adik lelaki tak ikut..

Friday 11 January 2013

DIY: TQ Tag

Assalamualaikum,

Selamat hari jumaat semua blogger..sekejapnya dah hari jumaat..bermakna tinggal lagi 2 minggu aku bakal menamatkan zaman bujang..dah bersedia ke aku nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri???insyaAllah aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri..semoga dipermudahkan segalanya..

Aku ingat nak tempah je TQ Tag nie kat online..tapi bila aku survey paling murah pun RM 0.10..so untuk menjimatkan kos aku pun design sendiri TQ Tag nie menggunakan PhotoScape..aku tak taw nak guna software adobe photoshop..guna PhotoScape lagi senang cikit dari aku guna adobe photoshop..mula-mula aku google untuk cari background yang sesuai then baru design TQ Tag..

Nie lah hasil design TQ Tag yang aku buat..simple je..


Kos untuk TQ Tag: 
RM 3.50 (kertas A3 Artcard 280gm) = satu kertas A3 nie boleh muat 35pcs TQ Tag
Total: RM 3.50 x 29 helai = RM 102.50

Jumlah TQ Tag yang aku buat ialah 1015pcs..terlebih 15pcs plak..hihihi  

Friday 4 January 2013

Ayat-ayat Cinta

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas lagi di muka bumi Allah..pejam celik tinggal 2 minggu lagi untuk buat persiapan majlis perkahwinan aku..setakat ini persiapan hampir 70% tinggal lagi 30% untuk selesaikan beberapa perkara..pagi nie aku nak share ayat-ayat cinta yang kita boleh amalkan setiap hari..semoga kita mendapat keberkatannya..

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan..."

1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu..

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu..

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk..

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang..

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk..

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian..

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah..


sumber: di sini

Wednesday 2 January 2013

Tuesday 1 January 2013

Entry Permulaan Tahun 2013

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2013 kepada semua blogger..dah masuk tahun baru nie apa azam korang???azam aku macam biasa semoga tahun 2013 memberi kehidupan yang lebih baik, murah rezeki dan kebahagiaan kepada aku dan en tunang sebagai suami isteri (insyaAllah...coming soon)..amin..

Alhamdulillah semalam aku dah selamat menjalani interview bakal pengantin di Pejabat Agama Batu Pahat..semua urusan dipermudahkan Allah..on the way nak pergi pejabat agama, masuk je dalam kereta aku dan en tunang terus senyap..masing-masing nak fokus pada soalan yang bakal di tanya nanti..sampai pejabat agama amik no giliran dan kerani kat kaunter check borang permohonan lengkap ke tak..dah selesai semua baru di panggil interview..antara soalan yang di tanya mengucap kalimah syahadah, mandi wajib, solat, rukun nikah, tanggungjawab suami isteri dan instighfar..semua soalan dapat jawab..

Dah lulus interview baru boleh fokus kat perkara lain..banyak lagi yang belum settle..semoga dipermudahkan segala urusan..tadi mesej staf kat butik mak andam tanya tentang progress baju kahwin..dah 90% siap so dalam minggu nie dah boleh pegi fitting..aku buat baju baru coz maklumlah badan kecik sangat sampai tak ada saiz baju yang ready made kat butik..staf tue kata baju pengantin cantik sangat dan dia nak beli baju tue nanti coz design baju yang aku buat nie belum ada lagi kat butik..tak sabar nak tengok baju kahwin..


SELAMAT TAHUN BARU 2013