Tuesday, 27 March 2012

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari semua rakan blogger..semalam aku amik cuti untuk menguruskan beberapa urusan yang tertangguh..alhamdulillah semua urusan dah selesai..hari sabtu dan ahad baru-baru nie aku join family day pejabat bendahari cuma aku lambat cikit lah update entry..maaf lah belum sempat edit gambar lagi..bila dah siap edit gambar nanti aku update entry ea..

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Saje nak bagi tajuk entry gempak cikit hari nie..hehehehe jangan marah ea..mesti korang pernah dengar lagu diatas kan..lagu cinta muka buku nyanyian adik najwa latif.. sekarang kan lagu nie tengah hot dan famous..lagu nie ada kaitan dengan diri aku tapi semuanya secara kebetulan saje..

Aku berkenalan dengan En TA secara tidak sengaja dalam facebook a.k.a muka buku..walaupun kami satu sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah tapi kami tak pernah bertegur sapa..bukan nak kata aku sombong tapi aku seorang yang pendiam waktu zaman sekolah jadi budak-budak lelaki takut nak tegur aku..

Masa birthday En TA tahun lepas aku saje wish dalam facebook..so secara tidak langsung selang beberapa hari En TA pun hantar mesej kat FB aku bertanya khabar dan ucap terima kasih sebab wish birthday dia..aku pun tak sangka dia yang tegur aku dulu..start dari hari tue kami pun berkawan.. walaupun 8 tahun kami satu sekolah tapi berlainan kelas En TA boleh kata dia tak pernah nampak aku kat sekolah..tak ape lah aku memang tak famous kat sekolah.

Facebook a.k.a muka buku lah yang telah menyatukan kami berdua..semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan seperti yang dirancangkan..amin..

15 comments:

  1. Oh ye ke? baru taulah..lepas ni nak nyanyi lagu tu hari2 kat ofis, hehe

    ReplyDelete
  2. Akak jangan nyanyi hari2 kt ofis nanti malu semua org taw..hihihihi

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya huda tgh menunggu hari bahagia yer... semoga perkahwinan nanti kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. amin..thanks eyza doakan utk sy..

    ReplyDelete
  5. Yuhuuuuuu Emma singgah sini dari blog mak dara =)

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan dr saya....missymelly.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. waaa
    ada kisah jugak yer b=cinta muka buku nie..
    jadi lagu faveret ler ni:)
    yg pasti lagu najwa latiff mmg best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kisah disebalik muka buku..
      lagu najwa latiff memang best..

      Delete
  8. semoga semua berjalan dgn lancar..Amin..:)

    yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!

    Tengok anak nad jom..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi singgah..
      jom kite terjah blog nad..

      Delete
  9. Salam kenal dan salam terjah.. dari link Bicara Mak Dara.. :)

    http://hazey-2ndjanuary.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan..
      thanks sudi singgah..nanti sy singgah blog hazey ea..

      Delete
  10. Owh..Cik Mendezz pulak kenal dgn future hubby kt Tagged..
    then meleret ke FB..kalo xde aral melintang bersatulah kami 7/7/12 ni..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kite ea..
      tahniah azura..semoga perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat..

      Delete
  11. Daripada segmen blog Mak Dara.. Baru sempat blogwalking..

    http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/

    ReplyDelete