Friday, 13 July 2012

Sekadar Renungan

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat semua..dah lama rasanya tak menaip entry dalam blog..maklumlah sejak naik cuti tak ada masa nak menaip entry..baca blog pun curi-curi masa sekejap..nak blogwalking pun tak ada masa..naik cuti banyaknya kerja atas meja..itu baru 2 minggu cuti lau aku cuti 3 bln ke 2 bln ke mesti dah menggunung kerja atas meja..huhuhu cerita aku pergi umrah nanti update dalam entry lain ea..gambar tak sempat nak edit lagi..

Dipagi jumaat yang mulia nie aku nak berkongsi sedikit info yang akau baca dalam facebook..

Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu:
~✿ 2 rakaat sebelum Zuhur

~✿ 2 rakaat sesudahnya Zuhur
~✿ 2 rakaat selepas Maghrib
~✿ 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan
~✿ 2 rakaat sebelum solat Subuh.” 
(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh”
(Hadis riwayat Tarmizi r.a.)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
(H.R. Abu Daud & Tirmidzi) 


2 comments: