Monday, 18 February 2013

Bila Mood Masak Datang

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..sekejap je dah hari isnin..belum sempat puas bermanja dengan suami dah kena berjauhan.. tak ape lah mungkin nanti ada rezeki untuk dekat dengan suami mana tahu kan..ajal, jodoh, rezeki dan maut semua ditentukan Allah..bila dah jadi isteri tanggungjawab dah bertambah..aku bukan lah seorang yang pandai masak tapi boleh lah masak yang simple..aku bersyukur dapat suami yang bukan cerewet dari segi menu masakan..apa yang aku masak suami boleh terima..
 
Bila dah jadi isteri nie kena fikir menu apa nak masak bila suami balik..patutlah kawan-kawan aku pening kepala bila nak cari menu untuk masak..bila mood aku nak masak dah datang macam-macam menu aku masak..sampai en suami tegur banyaknya lauk hari nie..time hujung minggu je aku masak coz en suami balik..
 
Menu aku minggu nie simple je..tak ada yang istimewa..kat bawah nie senarai menu yang aku masak:
 
Hari Jumaat - Meehon Goreng Lada Hitam
Hari Sabtu - Nasi, Sayur Bayam Goreng, Ikan Goreng dan Sambal Gesek (sambal nie aku tumis sedikit, ikutkan ada yang kata tak perlu tumis)
Hari Ahad - Nasi, Sayur Campur, Ikan Bawal Masak Sambal
 
Minggu nie tak tahu menu apa yang nak masak? boleh bagi idea menu apa yang nak masak..
 
p/s: maaf lah entry tak ada gambar tapi happy reading ea..
 

No comments:

Post a Comment