Selamat pagi semua..aku minta maaf banyak-banyak lah kat korang coz dah lama tak update entry baru..entry review kahwin pun aku tak update lagi..dah 3 bulan kahwin tapi lambat nak update review..dah nak masuk trimester 2 nie keadaan kesihatan aku tak berapa baik..walaupun aku tak ada mengalami alahan yang teruk tapi sekarang nie aku mengalami batuk..maklumlah keadaan cuaca sekarang nie kan musim panas..dah dekat seminggu gak aku batuk..aku cuma banyak kan minum air suam je..nak makan ubat batuk tak boleh coz sekarang aku ngah mengandung..sabo je lah..
Pagi nie aku nak share info berkaitan surah yang mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W..supaya kita dapat manfaat sama-sama..
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah
semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada
gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu
dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap
sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung
Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah
pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas
r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
"Surah Yaasin dinamakan di
dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang
mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala
bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan
akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan
keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan
Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan,
akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar
kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah
s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam,
insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid,
insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya
sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah
segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38
ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan
mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca
surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya
termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga
selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat
Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah
Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an,
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari
peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini
agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an
iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa
yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka
yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan
terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
"Wahai Aisyah isteriku, sebelum
kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti Aisyah lalu berkata,
"Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk
itu."
Apabila mendengar kata-kata Siti
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
"Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur'an keseluruhannya."
Dari Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11
kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan
mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan
duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan
kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada
setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang
siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam
atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 100 kali."
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang
terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang
berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini
termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan
manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal
dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
sumber: di sini
No comments:
Post a Comment