Selamat pagi semua..hari nie dah sampai penghujung tahun 2012..pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu..permulaan tahun 2012 bermula dengan kenangan manis iaitu saat aku bergelar tunang orang..pelbagai kisah suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun 2012..Alhamdulillah tahun 2012 aku dapat lalui dengan pelbagai dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah dengan tenang..walaupun adakalanya semua dugaan dan ujian yang datang boleh mematahkan semangat aku tapi dengan pertolongan dari Allah aku berjaya menghadapinya..terima kasih ya Allah..
Esok bermulanya tahun 2013..maka lagi 26 hari lagi aku bakal menjadi isteri orang..saat ini pelbagai perasaan yang bermain difikiran aku..semoga segala urusan untuk mendirikan masjid dipermudahkan oleh Allah..bila dah jadi isteri orang kena ingat tanggungjawab sebagai isteri..dah tak boleh macam orang bujang lagi..sedihnya dah nak meninggalkan zaman bujang..
Opss berdebar tak? Lagi 26 hari je?? Cam tak caya..Jangan stress2..kena tenangkan diri ok..SELAMAT TAHUN BARU 2013!
ReplyDeletedah start berdebar nie..so kena relaks je..tak mau fikir sgt..SELAMAT TAHUN BARU 2013 utk akak gak..
ReplyDelete