Monday 28 November 2011

Sukan Bola Sepak

Assalamualaikum,

Selamat pagi satu Malaysia..hari nie masih bercuti lagi coz awal Muharam (Maal Hijrah) jatuh pada hari ahad then cuti foward ke hari isnin..lamanya cuti sampai malas nak keje esok..huhuhu..sekarang nie saya dah jadi peminat sukan bola sepak..pantang je ada perlawanan bola sepak pasti saya nak tengok..bukan saje org lelaki minat bola sepak tetapi org perempuan pun tidak ketinggalan minat sukan nie..baru2 nie pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Sea Indonesia.. pasukan Malaysia berjaya mempertahankan piala yang dimenangi pada Sukan Sea Laos 2 tahun lalu..

Tahniah skuad Harimau Malaya memperoleh emas pada perlawanan tersebut..aummmm..selepas dari Sukan Sea Indonesia banyak lagi perlawanan yang perlu disertai oleh pasukan Malaysia antaranya pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012..semalam berlangsungnya perlawanan antara Malaysia vs Bahrain tapi Malaysia tewas dgn Bahrain 3-2..ape pun Malaysia telah bermain dengan bersungguh2..saya bangga jd anak Malaysia..Malaysia Boleh!!!!!!

Sunday 20 November 2011

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum,

Selamat pagi ahad..sekejap je dah hari ahad..esk keje sehari then hari selasa cuti sempena hari keputeraan sultan johor..semua rakyat johor bercuti..suka..suka..semalam pegi hantar encik TA dihentian bas coz dia nak pegi kursus kt KL selama seminggu..rasa sedih masa hantar dia semalam..huhu..bukan lama dia pegi kursus..tak pe nnti masa dia balik saya nak minta dia belanja makan sempena my birthday..hehehe

Hari nie ada 4 jemputan kahwin tapi mana yg sempat saya pegi ea..lau tak sempat harap maaf ea..maklumlah cuti sekolah dah start semalam..maka banyaklah undangan kad kahwin setiap minggu..pagi nie nk pegi jemputan kahwin kwn satu sekolah pas tue baru pegi umah kwn satu tmpt keje..hari nie saya round the world coz umah diaorg nie bukan dekat semua jauh2 belaka..


Friday 18 November 2011

Keindahan Alam

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..syukur Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas lagi dimuka bumi ALLAH s.w.t..baru-baru nie saya menghadiri kursus team building di pulau sibu, johor..nie first time saya pergi pulau sibu..rasa excited bercampur takut coz tak dapat bayangkan situasi kt sana nnti..harap2 semuanya selamat pergi dan balik..
  
First time naik bot rasa seronok coz dapat menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t..terasa tenang dan damai menghadap laut yang terbentang luas..hilang seketika semua masalah yang ada didalam kepala..niat dalam hati pergi kursus untuk bersuka ria..tak patut betul saya nie kan..hehehe tujuan diadakan kursus nie untuk memberi motivasi kepada staf dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf..





 
p/s: saya suka amik gambar alam semulajadi..

Wednesday 16 November 2011

Wordless Day #4

Assalamualaikum,


p/s: semoga kita memperolehi keberkatan hidup didunia dan diakhirat..amin..

Tuesday 15 November 2011

Sabar

Assalamualaikum,

Hari nie ada senam kecergasan tapi tak turun pun senam coz malas..hehehe..bukan tak nak turun cuma nak siapkan keje yang tergendala..maklumlah tak lama lg nak closing account bulan 12 nie..dalam menyiapkan keje perlukan kesabaran coz mcm2 kerenah dan ragam yang perlu dihadapi..

Cabaran dalam kerja nie mcm2..so kite perlu hadapi dengan sabar dan tenang..yang penting kena tahu cara mengatasinya..kerja nie kan satu ibadah..yang penting niat kite bekerja kerana ALLAH..sepanjang kerja 3 tahun nie dah jumpa mcm2 perangai, kerenah dan ragam org..


Thursday 3 November 2011

Simbolik 11

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 11..bila masuk bulan 11 semua sudah sedia maklum berkaitan cuti sekolah dan majlis perkahwinan..tidak semestinya majlis kahwin ada yang wat majlis potong jambul, majlis akikah, majlis berkhatan dll..bulan nie ada tarikh cantik kebetulan jatuh time cuti..mesti ramai yang berebut wat majlis pada 11.11.11 (jumaat) dan 20.11.2011 (ahad)..

Pada 20.11.2011 ada 3 kad jemputan sehingga hari ini..pening nak susun jadual bila ramai kawan2 yg wat majlis kahwin..bayangkan jika dalam sehari sampai 3 hingga 4 buah rumah yang perlu pergi mesti penat dan letih..kena susun jadual betul2...mana yang sempat saya hadir ea tp jika tak dapat hadir harap maaf lah ea..

Perasaan berdebar2 bila persiapan tak buat pe pun untuk majlis bulan 1 thn depan..walaupun masa panjang lg tp persiapan perlu buat..hujung tahun nie banyak keje nk siapkan takut tak sempat untuk wat persiapan nnti..harapnya semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan..semoga dipermudahkan segala urusan..amin..