Sunday 6 October 2013

Khasiat Di sebalik Timun

Assalamualaikum,




Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama nasi lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan. 

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun.

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas

Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol.
Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric. 


Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.


 
sumber: yahoo

Saturday 5 October 2013

Music On Saturday #16

Assalamualaikum,




Galau - Siti Nurhaliza

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan


Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

Thursday 5 September 2013

Mineral Coffee

Assalamualaikum,


Selamat petang..maaflah dah lama tak update entry baru dalam blog..sejak pregnant trimester 2 kemalasan dah mula melanda untuk mengupdate entry baru..alhamdulillah aku lalui fasa trimester 1 dan 2 tanpa dugaan yang teruk..pregnant anak first nie aku kurang alahan mabuk cuma yang ada pening kepala cikit-cikit..sekarang nie aku dah masuk trimester 3..minggu depan kena minum air gula..ingatkan dah terlepas minum air gula tapi ohhhhhh tidakkkkk kena minum gak..dah set appointment kat klinik kesihatan untuk datang minum air gula pada hari rabu minggu depan..sepanjang pregnant nie orang kata tak elok minum minuman berkafein tapi aku cuma amik mineral coffee seminggu sekali..alhamdulillah semuanya ok..xda masalah sembelit, bacaan hb pun maintain antara 12 hingga 14..

Petang nie aku nak share info pasal mineral coffee nie..lau ada yang berminat boleh tinggalkan komen berserta alamat email..




Pasti ramai yg tidak bersetuju dgn saya; wanita hamil/menyusu mengamalkan KOPI. Ya, KAFEIN yg terkandung dlm kebanyakan kopi di pasaran termasuk 3 in 1 amat tinggi kuantitinya yg boleh memberi kesan kpd bayi dlm kandungan mahupun yg disusukan.

Jgn lupa, KAFEIN tetap diperlukan oleh badan kita walaupun dlm keadaan berbadan dua @ menyusu tetapi dlm kuantiti yg sedikit. Sbb itulah ibu mengandung/menyusu mesti pilih MINERAL COFFEE..

Selain kandungan KAFEINnya yg sgt2 rendah, khasiat mineral2 dlm Garam Buluhnya amat diperlukan. 
Bagi IBU HAMIL, Mineral Coffee dpt:

1) Mengatasi masalah bacaan HB rendah.
2) Menstabilkan gula dlm darah utk mengelakkan GDM/kencing manis ketika mengandung.

3) Menstabilkan tekanan darah yg tinggi atau sgt rendah.
4) Memberi tenaga serta mengenyangkan di kala si ibu yg mengalami morning sickness; tidak lalu mkn @ kerap muntah pd awal kehamilan.
5) Si ibu lebih bertenaga & tidak mudah penat sepjg kehamilan.
6) Merawat masalah 'cramps' dan sembelit di kalangan ibu hamil.

Bagi IBU MENYUSU pula:

1) Khasiat Magnesium dlm Mineral Coffee akan membantu memudahkan penyerapan kalsium yg sgt penting bg kesihatan tulang & gigi ibu menyusu.
2) Mineral Coffee dpt meredakan stress para ibu akibat masalah/kesakitan slps bersalin dll. Ingat, punca utama KEGAGALAN penyusuan eksklusif ibu adalah STRESS selain amalan pemakanan yg tidak betul.
3) Membanyakkan/memekatkan susu badan.
4) Ibu menyusu pasti boleh kekal langsing dgn MENYUSU BAYI & MINERAL COFFEE..! Bonus !!


Buat ibu2 yg merupakan peminum tegar kopi khususnya, jom bertukar kpd kopi yg lebih sihat & semestinya sgt rendah kafein: MINERAL COFFEE.
kredit to: Azlina Yap (Facebook STG Group)

Friday 28 June 2013

Tazkirah Untuk Diri

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..sekejapnya masa berlalu..tinggal lagi seminggu nak berpuasa..harap-harapnya aku dapat berpuasa penuh tahun nie lau pun aku pregnant..sebelum nie aku dah wat training puasa bagi menggantikan puasa yang tahun lepas..Alhamdulillah sepanjang aku training puasa nie tak ada masalah dan baby pun tak meragam lapar..

Pagi nie aku nak share tazkirah untuk muhasabah diri sendiri untuk jadikan panduan kita bersama..

Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.

 

Friday 21 June 2013

Jerebu Sana Sini

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..lama rasanya aku tak update blog nie sampai dah berhabuk..maaf lah ea kepada pembaca blog aku yang tertunggu-tunggu entry baru..Alhamdulillah usia kandungan aku dah masuk 20 minggu makanya ada lebih kurang 20 minggu lagi menanti kahadiran khalifah Allah di muka bumi ini..pengalaman mengandung anak pertama nie banyak dugaannya..setiap orang dugaannya lain-lain.. minggu nie aku kena pergi kursus sinergi kat A Famosa Resort, Melaka..balik dari kursus aku cerita ea..

Sekarang nie, kat johor musim jerebu yang sangat teruk akibat pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia..keluar pergi kerja pagi-pagi dah sesak nafas akibat jerebu yang tebal..aku dah ingatkan kat en suami pergi kerja kena pakai mask (penutup mulut) dan cermin mata untuk elakkan jerebu..maklumlah en suami pergi kerja naik motor mesti terdedah dengan udara yang kotor..semalam dan hari ini semua sekolah di Batu Pahat dan Muar dicutikan selama 2 hari akibat indek IPU yang tinggi dan boleh membahayakan kesihatan..dengarnya jerebu nie akan berlarutan sehingga bulan September..lamanya lau macam tue..harap-haraplah masalah jerebu ini dapat di atasi segera..kesian kat kanak-kanak, orang tua dan ibu mengandung..

So aku nak share tips untuk cegah penyakit daripada jerebu:
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.  

Friday 26 April 2013

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Assalamualaikum,
 
 Selamat pagi jumaat..tinggal lagi seminggu rakyat Malaysia akan keluar mengundi..tak sabar rasanya aku nak keluar pergi mengundi bersama en suami..tahun nie emak mengundi kat Johor di sebabkan belum tukar alamat mengundi..honeymoon kali kedua aku dan en suami sepakat nak pergi ke Langkawi tetapi terpaksa di batalkan atas faktor keselamatan aku..maklumlah aku pregnant anak fisrt so time nak pergi bercuti tue aku dah 5 bulan tapi en suami takut berlaku sesuatu yang tidak di ingini..ada hikmah aku tak pergi bercuti coz boleh pergi mom & baby expo kat Johor..boleh shopping barang-barang baby..

Hari nie aku nak share sedikit ilmu supaya kita semua dapat manfaatkan ilmu nie bersama..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab: Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”  


sumber: disini

Friday 19 April 2013

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..aku minta maaf banyak-banyak lah kat korang coz dah lama tak update entry baru..entry review kahwin pun aku tak update lagi..dah 3 bulan kahwin tapi lambat nak update review..dah nak masuk trimester 2 nie keadaan kesihatan aku tak berapa baik..walaupun aku tak ada mengalami alahan yang teruk tapi sekarang nie aku mengalami batuk..maklumlah keadaan cuaca sekarang nie kan musim panas..dah dekat seminggu gak aku batuk..aku cuma banyak kan minum air suam je..nak makan ubat batuk tak boleh coz sekarang aku ngah mengandung..sabo je lah..

Pagi nie aku nak share info berkaitan surah yang mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W..supaya kita dapat manfaat sama-sama..
 
1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan 
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati





sumber: di sini