Wednesday 27 February 2013

Tuesday 26 February 2013

Genap Sebulan | BB1M

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..alhamdulillah hari nie genap sebulan aku jadi isteri kepada en suami..rasanya macam baru je berlaku majlis pernikahan dan persandingan kami..walaupun kami duduk berjauhan tapi rasa rindu dan sayang semakin hari semakin bertambah..nie lah hikmah perkahwinan..semoga ikatan perkahwinan nie akan kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..amin..

Mulai semalam kaunter pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dah mula diagihkan kepada pelajar..so giliran aku kena jaga kaunter pada sebelah pagi..tahun nie jumlah baucar buku meningkat sebanyak RM 50.00..tahun lepas baucar buku diberi sebanyak RM 200.00 tapi tahun nie sebanyak RM 250.00..untung pelajar sekarang dapat kemudahan seperti baucar buku dan  kad diskaun siswa..gunakanlah baucar buku dengan sebaiknya untuk membeli keperluan pembelajaran..lau baucar buku nie dari dulu dah ada kan bagus..huhuhu

 gambar masa hari pernikahan aku dan en suami..nanti aku update gambar kahwin ea coz tunggu gambar dari OP..
 
 

Wednesday 20 February 2013

Monday 18 February 2013

Bila Mood Masak Datang

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..sekejap je dah hari isnin..belum sempat puas bermanja dengan suami dah kena berjauhan.. tak ape lah mungkin nanti ada rezeki untuk dekat dengan suami mana tahu kan..ajal, jodoh, rezeki dan maut semua ditentukan Allah..bila dah jadi isteri tanggungjawab dah bertambah..aku bukan lah seorang yang pandai masak tapi boleh lah masak yang simple..aku bersyukur dapat suami yang bukan cerewet dari segi menu masakan..apa yang aku masak suami boleh terima..
 
Bila dah jadi isteri nie kena fikir menu apa nak masak bila suami balik..patutlah kawan-kawan aku pening kepala bila nak cari menu untuk masak..bila mood aku nak masak dah datang macam-macam menu aku masak..sampai en suami tegur banyaknya lauk hari nie..time hujung minggu je aku masak coz en suami balik..
 
Menu aku minggu nie simple je..tak ada yang istimewa..kat bawah nie senarai menu yang aku masak:
 
Hari Jumaat - Meehon Goreng Lada Hitam
Hari Sabtu - Nasi, Sayur Bayam Goreng, Ikan Goreng dan Sambal Gesek (sambal nie aku tumis sedikit, ikutkan ada yang kata tak perlu tumis)
Hari Ahad - Nasi, Sayur Campur, Ikan Bawal Masak Sambal
 
Minggu nie tak tahu menu apa yang nak masak? boleh bagi idea menu apa yang nak masak..
 
p/s: maaf lah entry tak ada gambar tapi happy reading ea..
 

Thursday 14 February 2013

Pesan Suami | Kisah RM 2

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..bila dah lama bercuti terasa malas nak buat kerja..korang jangan salah faham ea..aku bukan seorang pekerja yang malas tapi mood nak mulakan kerja tue belum panas lagi..sekarang nie mood baru nak warming up untuk start kerja yang tertangguh selama 2 minggu disebabkan aku cuti kahwin..buat masa nie aku dan en suami PJJ (perkahwinan jarak jauh) dulu..maklumlah en suami kerja kat johor dan aku kerja kat batu pahat..lagipun johor ke batu pahat tak adalah jauh sangat..lau ikut highway lebih kurang 1 jam 45 minit..

Hari selasa time cuti CNY, en suami bertolak balik ke johor..terasa sedih dan sayu coz kena berpisah 5 hari dengan en suami..ada pro dan contra bila duk berjauhan nie..en suami pesan jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, jaga maruah suami dan lau ada apa-apa masalah bagi taw cepat..time en suami bagi pesan tue terasa macam nak menangis tapi tahan je air mata nie jangan sampai menitis..so bila nak keluar pergi mana-mana kena minta izin suami dulu baru boleh..bila dah kahwin nie aku kena belajar sesuaikan diri dengan suasana yang baru..tak boleh macam waktu zaman bujang..

Masa en suami salam dengan mak time nak balik johor, en suami ada bagi mak duit cikit..bila en suami dah balik, mak pun tengok lah duit yang di bagi..rupa-rupanya en suami tersalah bagi mak RM 2..mak pun pelik nape en suami bagi RM 2..aku pun dah start confius gak..aku bagi taw mak maybe en suami salah bagi duit kot..tiba-tiba en suami balik rumah semula semata-mata nak bagi duit yang lain kat mak..en suami bagi taw yang dia tersalah amik duit kat poket seluar..time tue aku dan en suami gelak sakan disebabkan tersalah bagi duit kat mak..lain kali sebelum bagi kena tengok nilai duit tue dulu..

Friday 8 February 2013

Rahsia Gerak Geri Dalam Solat

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..hari nie genap 2 minggu aku jadi isteri kepada en suami..Alhamdulillah majlis nikah dan resepsi berjalan dengan lancar walaupun terdapat dugaan yang datang di saat akhir majlis..bila dah dapat gambar dari OP baru aku review ea..sorry ea guys..pagi nie aku nak share info berkaitan rahsia gerak geri dalam solat..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "..


sumber: di sini