Wednesday, 31 October 2012

Saturday, 27 October 2012

Music On Saturday #13

Assalamualaikum,




Haji Menuju Allah - Raihan

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
...(2x)

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba  


Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..hari nie 25hb Oktober bersamaan 9 Zulhijjah..ada sape2 yang berpuasa hari nie?sempena hari wukuf di Arafah elok kita berpuasa sunat..sesiapa puasa sunat pada hari nie banyak kelebihannya..esok dah Hari Raya Aidiladha..ofis terasa sunyi sepi kerana ramai staf yang dah start cuti untuk pulang ke kampung..

Tahun nie family aku sambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana kerana nenek menunaikan fardu haji bersama mak saudara..so suasana pagi raya mesti sedih..selalu lau balik kampung nenek lah orang yang paling sibuk pada pagi hari raya..

Di kesempatan nie, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan blogger..kepada rakan blogger yang memandu untuk pulang ke kampung pada hari nie atau esok hati-hati memandu di jalan raya..pandu dengan selamat..


Wednesday, 24 October 2012

Monday, 22 October 2012

Beza Air Mineral & Air Minuman

Assalamualaikum,

Khusyuk sangat buat kerja sampai tak sedar dah pukul 12.00 tengah hari..maklumlah hari isnin kena buat kerja laju-laju coz nanti boleh goyang kaki lepas tue..hihihi maksud aku hari jumaat kan dah cuti Hari Raya Aidiladha..so semua keje kena siapkan sebelum cuti panjang..pagi tadi ada baca perbezaan air mineral dan air minuman..memang betul pun ada beza lau minum air mineral dan air minuman..aku kongsi kan info yang aku dapat di sini..

Air Minuman (Suling)
Rasanya lebih payau dan kelat. Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis "air minuman". Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi.


Air Mineral semula jadi
Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan "Air Mineral". Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.


Friday, 19 October 2012

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..hari nie merupakan hari ke 3 Zulhijjah..alhamdulillah nenek dan makcik telah sampai ke tanah haram iaitu Makkah al-Mukaramah untuk menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu fardu haji..semoga segala urusan menunaikan fardu haji dipermudahkan oleh Allah dan pulang dengan haji yang mabrur..amin..hari nie aku berkongsi ilmu tentang kelebihan bulan Zulhijjah..

Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain iaitu ibadat haji, ibadat korban disamping solat, sedekah serta amalan berzikir sebagai mendekatkan diri kepada Allah..

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
 "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?" Rasulullah bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya". (Hr Bukhari) 

 Daripada Ibnu Abbas telah berkata, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda". (HR Al-Baihaqi)

 Diantara amalan yang boleh dilakukan pada 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah ialah:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya: Sabda Rasulullah s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang". Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

9. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Dengan perkongsian ilmu nie, marilah kita sama-sama merebut kebaikan pada 10 hari awal di bulan Zulhijjah..

Thursday, 18 October 2012

Budak Comel

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..dah lama tak update blog..selama nie aku sibuk jadi PA (pembantu peribadi) kepada mak dan adik aku..maklumlah adik aku kan kahwin pada hari sabtu yang lepas..so aku kena lah uruskan segala persiapan dari A sampai Z..aku cuma 2 beradik perempuan je..sape lagi lau bukan aku yang sibuk uruskan segalanya..

Kisah adik aku kahwin nanti review kemudian ea..so hari nie aku nak cerita pasal anak sedara yang comel dan banyak cakap..walaupun umur baru 2 tahun 6 bulan tapi bila dia dah start cakap tak boleh nak berhenti..dia lah penghibur family aku..bila suruh bergambar ikut mood dia nak posing macam mana..


 nie dia budak comel..namanya Nur Raisha Zulfa..



Wednesday, 10 October 2012

Tuesday, 2 October 2012

Pembantu Pengawas

Assalamualaikum,

Selamat pagi..first entry di bulan oktober..hari nie aku nak udate entry laju-laju..baca tak tajuk entry kat atas..untuk makluman semua, aku di lantik sebagai pembantu pengawas untuk menjaga exam student diploma..bunyi macam menarik kan..nie fisrt time aku jaga student exam..rasa nervous..walaupun umur student diaorang nie pangkat adik tapi aku tetap nervous..aku tak tahu sebab ape..

so aku kena jadi pembantu pengawas selama 5 hari..tak ada elaun pun..cuma di bagi kupon makan sebanyak RM 3.00..tue pun kira bersyukur dari tak di bagi langsung kan..teringat aku zaman belajar dulu..nie yang terasa bersemangat nak sambung belajar tapi kena tunggu masa yang sesuai..


nampak tak angka kat jumlah pengunjung..angka tue sama dengan tahun kelahiran aku..