Friday 30 December 2011

Bercinta Setahun, Kahwin Sehari

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat semua..semoga dipagi jumaat ini kite mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t..amin.. mlm tadi tengok semanis kurma tajuk nya menarik..sesuai lah untuk pasangan yang baru kahwin dan bakal berkahwin..banyak isu yang dibincangkan.. sekarang nie isu perceraian dikalangan pasangan muda yang baru usia perkahwinan tak sampai 5 tahun banyak bercerai..bila dengar kenyataan tue aku jadi macm takut.. mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai isteri?insyaAllah aku cuba berusaha menjadi isteri yang solehah..

Apa yang penting dalam perkahwinan ialah kesabaran..maklumlah sekarang nie ramai pasangan suami isteri bekerja..balik kerja masing-masing penat dan terjadi lah pergaduhan bila si isteri minta tolong pada suami..bila dah bergaduh sifat sabar dalam diri pasangan tak ada dan ego pun tinggi maka berlaku lah perceraian..yang jadi mangsa adalah anak-anak..so sifat sabar adalah penting dalam perkahwinan..

Selain itu, saling memahami antara satu sama lain pun penting dalam sesuatu perkahwinan..jika pasangan tidak boleh memahami antara satu sama lain mula lah timbul salah faham..jujur dengan pasangan, ikhlas menerima pasangan seadanya,bertolak ansur dan yang penting sekali jangan ada orang ketiga dalam hubungan..jika terjadi orang ketiga dalam perkahwinan kena lah cari penyelesaian supaya rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga..

Bagi pasangan bakal berkahwin carilah ilmu pengetahuan tentang agama agar perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati ALLAH s.w.t..

Thursday 29 December 2011

Selamat Hari Jadi Mak

Assalamualaikum,

Petang tadi ada game ping pong lawan antara jabatan..main suka-suka je coz tak pandai main pun..at least dengan adanya sukan jabatan nie boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf..maklumlah staf tempat aku keje nie dekat 100 lebih..ramai kan huhuhu game petang tadi habis cepat coz nak tengok episod last citer tentang dhia..ending citer nie sedih lah..akhirnya zikir dan dhia meninggal dunia so tak ada sape yang rebutkan zikir lagi..masih ada lagi ke perempuan sebaik dhia sanggup hidup bermadu walaupun hati terluka..

Sempena birthday mak hari nie..aku nk wish semoga mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak..semoga mak bahagia dikelilingi anak2 dan cucu2 yang comel..

carian google

Wednesday 28 December 2011

Selamat Bersara Mak

Assalamualaikum,

Tinggal beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun 2012..dup dap dup dap tinggal beberapa minggu tapi persiapan tak buat ape pun lagi..macam tak cukup masa je..sempat ke nak buat semuanya..harap2 sempat lah ea.. semoga dipermudahkan segalanya..

semalam mak last keje coz dah cukup umur bersara..so lepas nie mak dah boleh berehat sepuasnya dirumah sambil jaga zafran dan raisha (cucu kesayangan mak)..lepas maghrib adik lelaki ajak pergi makan steambot kt batu pahat untuk meraikan persaraan mak..first time pergi makan steambot nie macam orang jakun je.. hehehehe best gak sekali-sekala pergi makan steambot bersama family.. tempatnya ok dan layanan pun not bad lah..makanan steambot pun banyak dan sedap gak..boleh pergi lagi lepas nie..

p/s: maaf lah tak sempat nak ambil gambar coz masing-masing dah lapar..ruginya..huhu

Thursday 22 December 2011

Wang Kertas Baru 2012

Assalamualaikum,

Selamat pagi..sejuknya cuaca hari nie disebabkan hujan pada pagi tadi sehingga sekarang..lau kt rumah nie boleh sambung tido lagi..huahuahua apa nak jadi anak dara sorang nie membuta je tau nya..cuba lah wat kerja rumah..hihihi Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan wang kertas baru yang akan digunakan pada tahun 2012..

Disini ada sedikit coretan mengenai wang kertas baru..



 Wang kertas RM 20 yang baru..cantik warnanya..

Sulur Kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan. 

Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga. 

Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia. 

Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Monday 19 December 2011

Hubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum,

Selamat malam semua..malam nie tak tahu nak wat pe..duk rumah sorang2 layan perasaan sambil dengar lagu jiwang..hihihihi  sambil tue boleh update entry sekali..tajuk kat atas tue ada gak kaitan dengan aku..dulu pernah menjalinkan percintaan jarak jauh a.k.a PJJ..apa yang diceritakan berdasarkan pengalaman aku sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun..

Jika kita mempunyai hubungan jarak jauh termasuklah yang sedang bercinta atau yang sudah kahwin memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi..maklumlah kita berjauhan dengan pasangan..antara tips yang boleh aku share ialah:
1. Saling percaya antara satu sama lain..jika kita tidak percaya pada pasangan maka akan timbul isu salah faham dan kerap bergaduh..
2. Jujur dan ikhlas..kita kenalah jujur dengan pasangan dan jujur pada diri sendiri..kena ikhlas terima pasangan kita seadanya..tiada manusia yang sempurna melainkan ALLAH..
3. Saling bertolak ansur..hubungan jarak jauh nie perlu ada sifat bertolak ansur..perlu memahami keadaan pasangan kita bila dia ada masalah atau sebaliknya..
4. Call atau mesej..zaman sudah berubah..teknologi sekarang semakin canggih dengan adanya 3G, facebook, twitter, email dan macam2 cara yang kita boleh guna untuk saling berhubung walaupun berjauhan..

Friday 16 December 2011

Ilmu Sihir

Assalamualaikum,

Selamat petang jumaat..sekejap dah hari jumaat..macam biasa menghabiskan masa cuti hujung minggu dirumah..tak ada plan nak pergi mana2 pun..pagi tadi bangun tido dikejutkan dengan berita sedih dan tergamam tanpa kata-kata..minggu nie mak kena kerja pagi dan rutin bangun pagi mcm biasa..selepas mak sarapan sebelum pergi kerja tiba-tiba mak muntah secara tidak sengaja dan benda yang dimuntahkan tue ada segumpal rambut..adakah mak terkena ilmu sihir..siapa yang buat?apa salah mak sampai orang tue guna ilmu sihir untuk balas dendam..

Sebelum ini mak pun pernah kena ilmu sihir tapi dah pulih sepenuhnya..sekarang perkara yang sama berlaku lagi..zaman serba moden dan teknologi canggih pun ada lagi yang masih mengamalkan ilmu sihir..kenapa perlu ada perasaan hasad dengki atau dendam dalam hati manusia..ilmu sihir tue adalah perbuatan munafik dan boleh memesongkan akidah umat islam..

Ya!Allah lindungi lah keluargaku dari hasad dengki dan ilmu sihir..semoga keluargaku dilindungi Allah s.w.t..kena amalankan membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah Al-Nas dan ayat Kursi sebagai pendinding diri..


Wednesday 7 December 2011

Saturday 3 December 2011

Music On Saturday #3




 Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Thursday 1 December 2011

Kebahagiaan

Assalamualaikum,

Selamat malam..sekejapnya masa berlalu..hari nie dah masuk bulan Disember..ini bermakna tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi..bulan Disember lah bulan paling sibuk coz penutupan akaun bagi yang bekerja di sektor awam atau swasta..dah lama tak update entri..bukan idea tak datang tapi sibuk dengan keje yang tak pernah habis..huhuhu

Apa itu kebahagiaan??semua orang inginkan kebahagiaan..bahagia satu perkataan yang amat meluas maksudnya..terpulang pada setiap individu untuk mentafsirkannya..bagi saya kebahagiaan bukan terletak pada harta benda, rupa paras atau duit..semua itu bukan menjamin kebahagiaan..yang penting bagi saya mencari kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat..saya bahagia dikelilingi dengan orang2 yang saya sayang..

Jika kita miliki semuanya tetapi hidup tidak bahagia apa lah gunanya..pasti hari yang dilalui sunyi dan berasa bosan kerana tidak bahagia..kebahagiaan didunia bukan kekal untuk selamanya tetapi kebahagiaan diakhirat yang perlu kita cari..jika hidup tidak bahagia pasti ada yang tidak kena dan mulalah mencari kebahagiaan lain..seeloknya banyakkan lah amalan yang mendekatkan diri kita dengan ALLAH s.w.t pasti akhirnya kita jumpa dengan kebahagiaan yang selama ini kita cari..

i love my family so much..

Monday 28 November 2011

Sukan Bola Sepak

Assalamualaikum,

Selamat pagi satu Malaysia..hari nie masih bercuti lagi coz awal Muharam (Maal Hijrah) jatuh pada hari ahad then cuti foward ke hari isnin..lamanya cuti sampai malas nak keje esok..huhuhu..sekarang nie saya dah jadi peminat sukan bola sepak..pantang je ada perlawanan bola sepak pasti saya nak tengok..bukan saje org lelaki minat bola sepak tetapi org perempuan pun tidak ketinggalan minat sukan nie..baru2 nie pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Sea Indonesia.. pasukan Malaysia berjaya mempertahankan piala yang dimenangi pada Sukan Sea Laos 2 tahun lalu..

Tahniah skuad Harimau Malaya memperoleh emas pada perlawanan tersebut..aummmm..selepas dari Sukan Sea Indonesia banyak lagi perlawanan yang perlu disertai oleh pasukan Malaysia antaranya pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012..semalam berlangsungnya perlawanan antara Malaysia vs Bahrain tapi Malaysia tewas dgn Bahrain 3-2..ape pun Malaysia telah bermain dengan bersungguh2..saya bangga jd anak Malaysia..Malaysia Boleh!!!!!!

Sunday 20 November 2011

Aktiviti Hari Ahad

Assalamualaikum,

Selamat pagi ahad..sekejap je dah hari ahad..esk keje sehari then hari selasa cuti sempena hari keputeraan sultan johor..semua rakyat johor bercuti..suka..suka..semalam pegi hantar encik TA dihentian bas coz dia nak pegi kursus kt KL selama seminggu..rasa sedih masa hantar dia semalam..huhu..bukan lama dia pegi kursus..tak pe nnti masa dia balik saya nak minta dia belanja makan sempena my birthday..hehehe

Hari nie ada 4 jemputan kahwin tapi mana yg sempat saya pegi ea..lau tak sempat harap maaf ea..maklumlah cuti sekolah dah start semalam..maka banyaklah undangan kad kahwin setiap minggu..pagi nie nk pegi jemputan kahwin kwn satu sekolah pas tue baru pegi umah kwn satu tmpt keje..hari nie saya round the world coz umah diaorg nie bukan dekat semua jauh2 belaka..


Friday 18 November 2011

Keindahan Alam

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..syukur Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas lagi dimuka bumi ALLAH s.w.t..baru-baru nie saya menghadiri kursus team building di pulau sibu, johor..nie first time saya pergi pulau sibu..rasa excited bercampur takut coz tak dapat bayangkan situasi kt sana nnti..harap2 semuanya selamat pergi dan balik..
  
First time naik bot rasa seronok coz dapat menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t..terasa tenang dan damai menghadap laut yang terbentang luas..hilang seketika semua masalah yang ada didalam kepala..niat dalam hati pergi kursus untuk bersuka ria..tak patut betul saya nie kan..hehehe tujuan diadakan kursus nie untuk memberi motivasi kepada staf dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf..





 
p/s: saya suka amik gambar alam semulajadi..

Wednesday 16 November 2011

Wordless Day #4

Assalamualaikum,


p/s: semoga kita memperolehi keberkatan hidup didunia dan diakhirat..amin..

Tuesday 15 November 2011

Sabar

Assalamualaikum,

Hari nie ada senam kecergasan tapi tak turun pun senam coz malas..hehehe..bukan tak nak turun cuma nak siapkan keje yang tergendala..maklumlah tak lama lg nak closing account bulan 12 nie..dalam menyiapkan keje perlukan kesabaran coz mcm2 kerenah dan ragam yang perlu dihadapi..

Cabaran dalam kerja nie mcm2..so kite perlu hadapi dengan sabar dan tenang..yang penting kena tahu cara mengatasinya..kerja nie kan satu ibadah..yang penting niat kite bekerja kerana ALLAH..sepanjang kerja 3 tahun nie dah jumpa mcm2 perangai, kerenah dan ragam org..


Thursday 3 November 2011

Simbolik 11

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 11..bila masuk bulan 11 semua sudah sedia maklum berkaitan cuti sekolah dan majlis perkahwinan..tidak semestinya majlis kahwin ada yang wat majlis potong jambul, majlis akikah, majlis berkhatan dll..bulan nie ada tarikh cantik kebetulan jatuh time cuti..mesti ramai yang berebut wat majlis pada 11.11.11 (jumaat) dan 20.11.2011 (ahad)..

Pada 20.11.2011 ada 3 kad jemputan sehingga hari ini..pening nak susun jadual bila ramai kawan2 yg wat majlis kahwin..bayangkan jika dalam sehari sampai 3 hingga 4 buah rumah yang perlu pergi mesti penat dan letih..kena susun jadual betul2...mana yang sempat saya hadir ea tp jika tak dapat hadir harap maaf lah ea..

Perasaan berdebar2 bila persiapan tak buat pe pun untuk majlis bulan 1 thn depan..walaupun masa panjang lg tp persiapan perlu buat..hujung tahun nie banyak keje nk siapkan takut tak sempat untuk wat persiapan nnti..harapnya semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan..semoga dipermudahkan segala urusan..amin..

Saturday 22 October 2011

Hujung Minggu

Assalamualaikum,

Selamat berhujung minggu..minggu nie xda plan nak g mana2..duk umah saje..kemas umah, basuh baju, masak dan last sekali basuh kereta..sekarang musim hujan nak basuh kete pun nnti kotor balik.. musim cuti sekolah tak lama lagi..maka banyaklah dapat undangan kad jemputan dari kawan2..

Minggu depan konvokesyen UTHM akan berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober 2011..so kena lah keje ea..pas tue boleh amik cuti ganti..bulan November plak banyak cuti so nak plan pegi mana ea???ada cadangan tak..

Saturday 8 October 2011

Music On Saturday #3



Kisah Dongeng - Stacy 

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

(ulang korus)

Sunday 25 September 2011

Happy Anniversary Pertama

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak update blog..dah besarang pun blog nie dgn zarah2 kecil..minggu terakhir dalam bulan syawal masih terasa kemeriahannya..mana tak meriahnya sana sini org sibuk wat open house coz syawal hampir ke penghujungnya..tidak kurang juga dengan undangan jemputan perkahwinan..setiap minggu ada je undangan jemputan kawin atau open house..senang kata tiap2 minggu tak masak pun coz dapat mkn free..hehehe

Hari nie genap 3 bulan anniversary aku dan dia..rahsia..kami dah kenal lama sejak zaman sekolah rendah cuma tak pernah tegur pun coz masing2 malu..aku nie zaman sekolah mmang pemalu dan jarang bercakap dgn lelaki..ada org kata aku nie sombong..erm xpe lah..sape yang dah kenal aku mesti diaorg taw aku nie mcm mana..baru2 nie kite jumpa balik dalam facebook atau mukabuku mcm lagu najwa latif yg tengah hot skrg nie..

Dari situ lah kami start rapat dan kami ambil keputusan utk couple..aku dah pun jumpa family dia dan dia pun dah jumpa family aku..family merestui hubungan kami..semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat..doakan lah kebahagiaan kami ea..semoga apa yang dihajatkan akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t..amin..

Saturday 13 August 2011

Music On Saturday #2


Harapan Ramadhan -  Raihan feat Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Friday 12 August 2011

Sejarah Mungkin Berulang

Assalamualaikum,
  
Tajuk entri macam lagu kumpulan newboyz..kumpulan yg pernah famous masa zaman aku sekolah dulu..time tue semua kwn2 aku dok menghafal lagu tangkap jiwang nyanyian kumpulan nie termasuk lah aku..hehehe..pe kaitan entri ini dgn kisah aku ea??? pikir jap.. semalam (11.08.2011) tarikh cantik kan,tiba2 aku teringat peristiwa setahun yg lepas..
  
Pada 1 Ramadhan tahun 2010 lah ex bf aku mengaku ada gf lain..betapa hancurnya hati aku mendengar pengakuan dari mulut dia sendiri..huhuhu kiteorg couple dekat 4 thn tp dah tertulis jodoh ku dgn dia sampai disini sahaja..aku redha dengan ketentuan dari Allah..setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya..hanya keluarga dan kwn2 yg menjadi penguat semangat agar tabah menghadapi ujian dari Allah..thanks semua pe2 pun yg berlaku hidup perlu diteruskan..

Sejak peristiwa tue, aku jd serik untuk berkawan dengan lelaki..ini membuatkan aku lebih berhati2 agar tidak berlaku seperti itu lagi..aku sentiasa berdoa agar ditemukan jodoh yg lebih baik..

Doa Untuk Kekasih
  
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
  
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama
 dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin..

Sunday 7 August 2011

Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Diam tak diam hari nie dah masuk seminggu kita berpuasa di bulan ramadhan..alhamdulillah puasa ku berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..maklumlah aku nie ada sakit gastrik tp tue bukan alasan untuk aku ponteng puasa..yang penting time sahur dan buka puasa kena makan makanan yang seimbang..jika kita jaga pemakanan yang betul insyaallah masalah sakit gastrik dapat diatasi..

Semoga kedatangan ramadan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua..jadikanlah bulan ramadhan bulan untuk kita meningkatkan pahala dengan melakukan ibadah yang mulia..antara amalan yang kita boleh lakukan ialah membaca al-quran, solat terawih, bersedekah, qiamulail dan sebagainya..selain itu, rebutlah malam lailatulqadar iaitu berlaku pada malam 10 terakhir ramadhan dan malam yang ganjil..




Salam Ramadhan

Saturday 30 July 2011

Music On Saturday #1


Muhasabah Cinta - Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu


Reff:

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu


Back to Reff:

Wednesday 27 July 2011

Tuesday 26 July 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Hai, semua..this is first time sy berblog...rasa seronok bila tgk semua org ada blog sendiri...blog nie merupakan salah satu cara untuk hilangkan stress, boleh kongsi cerita dan bertukar2 pendapat antara rakan blog yg lain..

Blog ini tiada kena mengena dengan sesiapa...ape yg ditulis dlm blog ini lebih kepada pandangan peribadi sendiri..jika ada yg terkurang dalam blog ini boleh lah beri komen dan sy sedia terima teguran dan kritikan anda semua..

~little gurlz~