Tuesday 14 August 2012

Minggu Akhir

Assalamualaikum,

Sekejapnya masa berlalu..diam tak diam sekarang dah masuk minggu terakhir bulan Ramadhan..terasa sayu bila bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi..mungkinkah akan ada Ramadhan untuk kita lagi pada masa akan datang..sama-sama lah kita berdoa supaya dipanjangkan umur agar dapat menjalankan ibadat puasa dengan kesihatan yang baik..

Minggu akhir kerja nie tak ada mood nak buat kerja..kepala dah fikir macam-macam nak buat untuk persiapan raya..mesti ramai yang dah start cuti awal kan coz cuti sekolah di awalkan pada hari khamis..untung cikgu-cikgu sekarang dapat cuti raya awal..aku amik cuti 3 hari je..nak cuti lama-lama pun bosan gak..

Sana-sini orang dah mula pasang lagu raya..nie yang buat aku tak sabar nak raya..tahun nie aku sambut hari raya ala kadar je..semalam pergi beli kan baju raya ready made untuk mak..nak beli kain dan hantar kat tailor dah tak sempat..lagi pun beli ready made nie senang tak payah fikir nak cari tailor..so sekarang fikir menu apa nak masak dipagi hari raya?kawan-kawan sila bagi idea..
 

No comments:

Post a Comment