Monday 22 October 2012

Beza Air Mineral & Air Minuman

Assalamualaikum,

Khusyuk sangat buat kerja sampai tak sedar dah pukul 12.00 tengah hari..maklumlah hari isnin kena buat kerja laju-laju coz nanti boleh goyang kaki lepas tue..hihihi maksud aku hari jumaat kan dah cuti Hari Raya Aidiladha..so semua keje kena siapkan sebelum cuti panjang..pagi tadi ada baca perbezaan air mineral dan air minuman..memang betul pun ada beza lau minum air mineral dan air minuman..aku kongsi kan info yang aku dapat di sini..

Air Minuman (Suling)
Rasanya lebih payau dan kelat. Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis "air minuman". Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi.


Air Mineral semula jadi
Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan "Air Mineral". Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.


No comments:

Post a Comment