Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Jom Kita Mengundi

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..hari nie baru ada semangat cikit nak update entry..sejak pregnant nie aku malas nak menaip entry baru..awal-awal trimester 1 nie alhamdulillah aku tak ada alahan atau mabuk yang teruk..setakat mual n loya je..semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh dugaan sepanjang 9 bulan nie..

Semalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi..so tunaikan lah tanggungjawab kita sebagai pengundi..kita yang tentukan masa depan negara..jika inginkan negara yang maju, aman makmur pilihlah calon yang berkelayakan dan berwibawa..jangan kita tersalah mengundi dan akhirnya kita yang menyesal..fikirlah dengan bijak sebelum mengundi..aku share kat sini tarikh penting semasa proses pilihan raya..

11 April 2013 - Tarikh keluar writ   
12 April 2013 - Tarikh Notis Pilihanraya
20 April 2013 - Hari Penamaan Calon 
30 April 2013 - Tarikh Undi Awal (Pos) 
5 Mei 2013 - Tarikh Mengundi

 

tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai pengundi..

Thursday, 14 February 2013

Pesan Suami | Kisah RM 2

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..bila dah lama bercuti terasa malas nak buat kerja..korang jangan salah faham ea..aku bukan seorang pekerja yang malas tapi mood nak mulakan kerja tue belum panas lagi..sekarang nie mood baru nak warming up untuk start kerja yang tertangguh selama 2 minggu disebabkan aku cuti kahwin..buat masa nie aku dan en suami PJJ (perkahwinan jarak jauh) dulu..maklumlah en suami kerja kat johor dan aku kerja kat batu pahat..lagipun johor ke batu pahat tak adalah jauh sangat..lau ikut highway lebih kurang 1 jam 45 minit..

Hari selasa time cuti CNY, en suami bertolak balik ke johor..terasa sedih dan sayu coz kena berpisah 5 hari dengan en suami..ada pro dan contra bila duk berjauhan nie..en suami pesan jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, jaga maruah suami dan lau ada apa-apa masalah bagi taw cepat..time en suami bagi pesan tue terasa macam nak menangis tapi tahan je air mata nie jangan sampai menitis..so bila nak keluar pergi mana-mana kena minta izin suami dulu baru boleh..bila dah kahwin nie aku kena belajar sesuaikan diri dengan suasana yang baru..tak boleh macam waktu zaman bujang..

Masa en suami salam dengan mak time nak balik johor, en suami ada bagi mak duit cikit..bila en suami dah balik, mak pun tengok lah duit yang di bagi..rupa-rupanya en suami tersalah bagi mak RM 2..mak pun pelik nape en suami bagi RM 2..aku pun dah start confius gak..aku bagi taw mak maybe en suami salah bagi duit kot..tiba-tiba en suami balik rumah semula semata-mata nak bagi duit yang lain kat mak..en suami bagi taw yang dia tersalah amik duit kat poket seluar..time tue aku dan en suami gelak sakan disebabkan tersalah bagi duit kat mak..lain kali sebelum bagi kena tengok nilai duit tue dulu..

Monday, 31 December 2012

Penghujung Tahun 2012

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..hari nie dah sampai penghujung tahun 2012..pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu..permulaan tahun 2012 bermula dengan kenangan manis iaitu saat aku bergelar tunang orang..pelbagai kisah suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun 2012..Alhamdulillah tahun 2012 aku dapat lalui dengan pelbagai dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah dengan tenang..walaupun adakalanya semua dugaan dan ujian yang datang boleh mematahkan semangat aku tapi dengan pertolongan dari Allah aku berjaya menghadapinya..terima kasih ya Allah..

Esok bermulanya tahun 2013..maka lagi 26 hari lagi aku bakal menjadi isteri orang..saat ini pelbagai perasaan yang bermain difikiran aku..semoga segala urusan untuk mendirikan masjid dipermudahkan oleh Allah..bila dah jadi isteri orang kena ingat tanggungjawab sebagai isteri..dah tak boleh macam orang bujang lagi..sedihnya dah nak meninggalkan zaman bujang..


Thursday, 6 December 2012

Persediaan Mental & Fizikal

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..sekarang nie waktu lunch hour so boleh lah aku taip entry..idea banyak tapi tak taw nak mulakan yang mana satu dulu..semalam aku dapat satu berita gembira..cuba korang cer teka??yang paling gembira of course lah my mum..adik aku yang baru kahwin bln 10 hari tue call bagi taw yang dia sekarang ngah pregnant 5 minggu..so maknanya tahun depan my mum dapat 2 orang cucu..kakak ipar aku dijangka bersalin bulan 2 dan adik aku plak dijangka bersalin bulan 8..maka bertambahlah anak buah aku..tahun depan kena sediakan duit raya banyak2 nie..pas nie turn aku plak ea..hihihihi nampak sangat tak sabar..

Malam tadi bual kosong dengan my mum sebelum tido..my mum tanya lagi sebulan nak kahwin nie persediaan mental dan fizikal macam mana..perkahwinan nie ialah perkongsian hidup sebagai suami isteri disamping mencari keredhaan Allah..bagi aku, persediaan mental dan fizikal tue masih dalam proses pembelajaran..insyaAllah aku cuba berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..amin..aku berdoa supaya diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh alam perkahwinan ini..bukan semua orang hidup berumahtangga bahagia tapi pasti akan diberikan ujian dan dugaan dari Allah..mudah-mudahan rumahtangga yang bakal didirikan diberkati dan diredhai Allah..

Kadang-kadang aku jadi takut untuk hidup berumahtangga kerana mendengar pelbagai citer dari kawan-kawan yang telah berumahtangga..bila dengar cerita dari kawan-kawan serba sedikit mempengaruhi fikiran aku..apa yang penting my mum banyak bagi nasihat untuk aku jadikan bekalan bila berkahwin nanti..aku nie emosi sedikit bila my mum tegur atau bagi nasihat mesti nak sedih dan mula lah air mata nie nak jatuh..emak mana yang tak sedih bila anak perempuan nya bakal berkahwin..lagi-lagi aku nie memang jenis rapat dengan emak..

Thursday, 29 November 2012

Hadiah Hari Jadi | Corset

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari semua..dah lama tak update blog..bulan nie kan bulan paling sibuk buat aku..hari khamis yang lepas masa cuti hari keputeraan Sultan Johor, en tunang ajak pegi KL beli barang hantaran mana yang tak complete lagi..persiapan untuk barang hantaran hampir 90% tapi belum sempat lagi aku nak buat gubahan..

Aku pegi KL sampai hari sabtu..sebab ape aku saje balik BP hari sabtu coz hari jadi aku jatuh pada hari ahad..en tunang ajak celebrate birthday dan suruh aku pilih hadiah sendiri..tak suprise lah coz aku dah taw hadiahnya..sorry lah aku terlupa nak amik gambar pada hari kejadian..en tunang ajak makan kt Kenny Rogers..bukan selalu makan kat sini..after makan baru kitaorang pegi cari hadiah..asalnya aku request nak suruh en tunang beli cincin emas putih tapi last minute aku tukar plan nak hadiah sunglasses..


Semalam en tunang call bagi taw pasal corset..dia beli kan aku corset jenama elken sebagai hadiah hari jadi..aku rasa peliklah tiba-tiba en tunang suruh aku pakai corset..aku tanya lah kenapa belikan corset so jawapan en tunang ialah suruh aku nampak lagi cantik..dalam kepala aku mula lah fikir bukan-bukan..hihihihi aku tak pernah pakai corset sebelum nie mesti rasa tak selesa masa awal-awal pakai nanti..pagi tadi aku search dalam google pasal corset elken..kat bawah nie contoh corset yang aku kena pakai lepas nie..

sumber: google


Tuesday, 6 November 2012

Aktiviti Bulan November | No. 25

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..bulan november nie boleh di katakan bulan yang paling aku sibuk selain bulan-bulan lain..nampak tak kesibukan aku nie mengalahkan jadual perdana menteri..hari nie aku ada meeting dan esoknya lagi aku ada meeting..minggu depan cuti umum sempena depavali dan awal Muharam..

Bukan sibuk dengan kerja-kerja ofis tapi aku juga sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan..ayat aku mengalahkan ayat wakil rakyat je..hihihihi maksud aku aktiviti kemasyarakatan tue ialah kena attend majlis kahwin kawan-kawan..majlis kahwin aku insyaAllah tahun depan..tapi persiapan baru buat 40%..


Bulan november nie ofis aku ada buat 2 event besar iaitu TechRural 2012 dan ICME 2012..aku telah dilantik sebagai ajk untuk event ICME 2012..tahun nie je aku sibuk nanti tahun depan aku dah sibuk dengan perkara lain..hehehe


Ada apa dengan no. 25 nie? banyak kaitan no. 25 nie dalam kehidupan aku..cer tengok list kat bawah nie:
  •  25. 11 - My Birthday (jgn lupa bagi hadiah ea..)
  •  25. 6 -  Birthday en. tunang
  •  25. 7 - Birthday kak wati (bakal akak ipar)
  •  25. 8 - Birthday adik lelaki
  •  25. 5 - Birthday nenek
 selain tue senang nak ingat gaji masuk..lau gaji orang keje gov kan masuk pada 25hb..sebab tue aku suka sangat dengan no. 25 nie..