Thursday 28 March 2013

Review 2: Bunting Kahwin

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..hari nie kat ofis sunyi sangat coz ramai bos-bos besar tak ada dan ada staf yang bercuti..maklumlah sekarang kan cuti sekolah..ada yang bawak anak-anak pergi bercuti..aku tak ada plan lagi nak cuti..maybe isnin nie baru nak amik cuti coz nak buat buku merah kat klinik kesihatan..lau lambat buat buku merah takut kena marah dengan nurse plak..pagi tadi ada perlancaran Kad Pengguna oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Omar bin Haji Osman, Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS..kad nie sama macam kad siswa cuma kad nie tak ada tarikh luput..kad siswa bila student dah habis belajar dah tak boleh nak guna kan lagi..bila dah dapat Kad Pengguna nie nanti aku review ea..

Berbalik semula pada tajuk entry kat atas, bunting kahwin nie aku buat last minute..tue pun aku suruh kawan ofis design kan dan print kat kedai..lagi 2 atau 3 hari nak majlis baru aku sibuk nak buat bunting..kesian kat kawan aku stress nak buat design bunting untuk aku..tapi aku tabik spring kat dia coz sanggup bersusah payah buatkan design bunting untuk aku..

Design bunting kahwin aku simple je..yang penting ada warna tema biru + silver..


saiz bunting nie: 4' x 6'..saje buat saiz besar..
saiz bunting kahwin standard: 2' x 6'..


bunting yang adik aku pasang sehari sebelum majlis..


No comments:

Post a Comment