Friday, 16 December 2011

Ilmu Sihir

Assalamualaikum,

Selamat petang jumaat..sekejap dah hari jumaat..macam biasa menghabiskan masa cuti hujung minggu dirumah..tak ada plan nak pergi mana2 pun..pagi tadi bangun tido dikejutkan dengan berita sedih dan tergamam tanpa kata-kata..minggu nie mak kena kerja pagi dan rutin bangun pagi mcm biasa..selepas mak sarapan sebelum pergi kerja tiba-tiba mak muntah secara tidak sengaja dan benda yang dimuntahkan tue ada segumpal rambut..adakah mak terkena ilmu sihir..siapa yang buat?apa salah mak sampai orang tue guna ilmu sihir untuk balas dendam..

Sebelum ini mak pun pernah kena ilmu sihir tapi dah pulih sepenuhnya..sekarang perkara yang sama berlaku lagi..zaman serba moden dan teknologi canggih pun ada lagi yang masih mengamalkan ilmu sihir..kenapa perlu ada perasaan hasad dengki atau dendam dalam hati manusia..ilmu sihir tue adalah perbuatan munafik dan boleh memesongkan akidah umat islam..

Ya!Allah lindungi lah keluargaku dari hasad dengki dan ilmu sihir..semoga keluargaku dilindungi Allah s.w.t..kena amalankan membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah Al-Nas dan ayat Kursi sebagai pendinding diri..


No comments:

Post a Comment