Friday, 30 December 2011

Bercinta Setahun, Kahwin Sehari

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat semua..semoga dipagi jumaat ini kite mendapat rahmat dari ALLAH s.w.t..amin.. mlm tadi tengok semanis kurma tajuk nya menarik..sesuai lah untuk pasangan yang baru kahwin dan bakal berkahwin..banyak isu yang dibincangkan.. sekarang nie isu perceraian dikalangan pasangan muda yang baru usia perkahwinan tak sampai 5 tahun banyak bercerai..bila dengar kenyataan tue aku jadi macm takut.. mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai isteri?insyaAllah aku cuba berusaha menjadi isteri yang solehah..

Apa yang penting dalam perkahwinan ialah kesabaran..maklumlah sekarang nie ramai pasangan suami isteri bekerja..balik kerja masing-masing penat dan terjadi lah pergaduhan bila si isteri minta tolong pada suami..bila dah bergaduh sifat sabar dalam diri pasangan tak ada dan ego pun tinggi maka berlaku lah perceraian..yang jadi mangsa adalah anak-anak..so sifat sabar adalah penting dalam perkahwinan..

Selain itu, saling memahami antara satu sama lain pun penting dalam sesuatu perkahwinan..jika pasangan tidak boleh memahami antara satu sama lain mula lah timbul salah faham..jujur dengan pasangan, ikhlas menerima pasangan seadanya,bertolak ansur dan yang penting sekali jangan ada orang ketiga dalam hubungan..jika terjadi orang ketiga dalam perkahwinan kena lah cari penyelesaian supaya rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga..

Bagi pasangan bakal berkahwin carilah ilmu pengetahuan tentang agama agar perkahwinan yang dibina bahagia hingga ke akhir hayat dan diberkati ALLAH s.w.t..

No comments:

Post a Comment