Thursday 6 December 2012

Persediaan Mental & Fizikal

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..sekarang nie waktu lunch hour so boleh lah aku taip entry..idea banyak tapi tak taw nak mulakan yang mana satu dulu..semalam aku dapat satu berita gembira..cuba korang cer teka??yang paling gembira of course lah my mum..adik aku yang baru kahwin bln 10 hari tue call bagi taw yang dia sekarang ngah pregnant 5 minggu..so maknanya tahun depan my mum dapat 2 orang cucu..kakak ipar aku dijangka bersalin bulan 2 dan adik aku plak dijangka bersalin bulan 8..maka bertambahlah anak buah aku..tahun depan kena sediakan duit raya banyak2 nie..pas nie turn aku plak ea..hihihihi nampak sangat tak sabar..

Malam tadi bual kosong dengan my mum sebelum tido..my mum tanya lagi sebulan nak kahwin nie persediaan mental dan fizikal macam mana..perkahwinan nie ialah perkongsian hidup sebagai suami isteri disamping mencari keredhaan Allah..bagi aku, persediaan mental dan fizikal tue masih dalam proses pembelajaran..insyaAllah aku cuba berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..amin..aku berdoa supaya diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh alam perkahwinan ini..bukan semua orang hidup berumahtangga bahagia tapi pasti akan diberikan ujian dan dugaan dari Allah..mudah-mudahan rumahtangga yang bakal didirikan diberkati dan diredhai Allah..

Kadang-kadang aku jadi takut untuk hidup berumahtangga kerana mendengar pelbagai citer dari kawan-kawan yang telah berumahtangga..bila dengar cerita dari kawan-kawan serba sedikit mempengaruhi fikiran aku..apa yang penting my mum banyak bagi nasihat untuk aku jadikan bekalan bila berkahwin nanti..aku nie emosi sedikit bila my mum tegur atau bagi nasihat mesti nak sedih dan mula lah air mata nie nak jatuh..emak mana yang tak sedih bila anak perempuan nya bakal berkahwin..lagi-lagi aku nie memang jenis rapat dengan emak..

No comments:

Post a Comment