Friday 30 November 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum,

Selamat pagi jumaat..hari terakhir dalam bulan november..sekejap je masa berlalu..esok dah masuk bulan disember bermakna dah sampai penghujung tahun 2012..perasaan semakin berdebar-debar menanti hari bahagia..semoga Allah permudahkan segala urusan persiapan majlis perkahwinan aku dan en tunang..

Jodoh itu rahsia Allah..hanya Allah sahaja yang tahu segalanya..perancangan Allah itu cantik..sudah tertulis di Luh Mahfuz dengan siapa kita berkahwin dan telah tercatat juga tarikh bila kita akan berkahwin..apa yang kita mampu buat hanya berdoa, berusaha dan bertawakal..jika belum sampai jodoh itu, banyakkan lah bersabar dan terus berdoa..Allah maha mendengar segala permintaan hambanya cuma lambat atau cepat saje Allah makbulkan doa kita..

Aku bersyukur dengan perancangan Allah tetapkan pada diriku..Allah sengaja pertemukan aku dengan orang yang salah tetapi akhirnya Allah pertemukan aku dengan orang yang betul-betul jodoh aku..bila Allah dah berkata "kun fa ya kun" maka terjadilah perkara tersebut..aku bercinta dengan en tunang selama 6 bulan dan terus mengikat tali pertunangan..alam pertunangan tidak sentiasa indah, kadang-kadang kita diberikan ujian dan dugaan untuk mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..

 Pesanan untuk kawan-kawan yang belum bertemu jodohnya, jadilah orang yang terbaik pada diri sendiri, ibubapa, kawan-kawan dan orang-orang yang berada disekeliling..bila kita jadi yang terbaik InsyaAllah jodoh itu pasti hadir..jangan mudah berputus asa..teruskan berusaha dan berdoa pada Allah..


sumber: google



No comments:

Post a Comment