Wednesday 16 January 2013

Emak Segalanya

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..pagi tadi bangun tido ingat kan hari nie hari khamis rupanya baru je masuk hari rabu..persiapan majlis kahwin dah hampir 80% siap..sekarang nie sibuk packing doorgift untuk bagi tetamu yang datang..nak kahwin perlukan belanja yang besar..mana yang boleh jimat perbelanjaan aku terus cut cost..jangan buat majlis sampai membazir..zaman sekarang nie perbelanjaan kahwin makin meningkat..bila buat majlis kahwin kena ikut kemampuan diri sendiri..jangan ikut trend atau budaya suka menunjuk-nunjuk..

Malam tadi sambil packing doorgift sempat lagi mengimbau zaman dulu-dulu..aku nie memang seorang yang rapat dengan emak..pergi mana-mana pun berdua dengan mak..bila dah kahwin nanti mesti rasa sedih coz dah biasa duk bawah ketiak emak..masa aku belajar kat matrikulasi dan universiti emak lah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan masa belajar..masa aku belajar kat matrikulasi kolej negeri aku kerap demam, maybe masa tue aku terkejut coz kena berjauhan dengan emak..ye lah sejak tingkatan 1 sampai 5 mana pernah duk asrama..nie namanya kejutan budaya..

Masa nak interview kerja pun aku bawak emak sekali..tak kira lah aku dapat interview kerja kat mana mesti emak yang temankan..aku pergi interview bawak emak coz rasa takut dan berdebar tue tak adalah sangat..emak sentiasa bagi kata-kata semangat sebelum aku masuk interview..bila nak kahwin nie lagi lah aku fikir macam-macam..pendek kata memang tak boleh nak berpisah dengan emak..
 
Gambar family masa pergi bercuti di Penang..dalam gambar nie adik lelaki tak ikut..

2 comments:

  1. ibu nie aura dia lain..terasa bila dia sudah tiada atau saat berjauhan..

    ReplyDelete