Sunday 26 February 2012

Filem Adnan Sempit 2

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..hari nie tak ada ape-ape program so duk umah diam-diam..hihihi sambil tengok tv aku sempat update entry dan blogwalking blog kawan-kawan..sejak bertunang nie aku jarang keluar pergi dating dengan En TA..

Semalam En TA ajak keluar pergi tengok wayang..dah lama kitaorang tak keluar bersama..plan asal mula-mula nak teman En TA pergi cari peralatan memancing tapi kitaorang terus pergi BP Mall tengok wayang citer Adnan Sempit 2 dulu..then habis tengok wayang baru teman En TA pergi beli peralatan memancing..

Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam (sbg Adnan), Intan Ladyana (sbg Nadia), Yana Samsudin (sbg wawa), Along Raja Lawak (sbg bobby), Along Chem (sbg Ismat) dan pelakon lain..filem ini mengisahkan bapa Nadia iaitu Datuk Ithnin meletakkan syarat kepada Adnan untuk berubah menjadi orang korporat dalam tempoh masa 30 hari untuk mengahwini Nadia..Adnan kena belajar bertutur bahasa Inggeris, bermain golf dan tampil dengan imej korporat.. Adnan cuba berusaha untuk memenuhi permintaan Datuk Ithnin dan mendapatkan bantuan Bobby untuk mengajarnya bermain golf dan bertutur bahasa Inggeris..manakala Ismat mengajarnya memandu kereta..pelbagai kisah menarik dan lucu yang berlaku sepanjang tempoh masa berkenaan..

Filem ini memang best dan tak rugi beli tiket wayang..so pada sesiapa yang belum tengok filem ini apa kata cepat-cepat pergi menonton di pawagam..bagi aku part dalam filem ini yang best bila Adnan belajar bahasa Inggeris..En TA memang suka citer berunsur komedi coz boleh hilangkan stress dan lupa pada masalah yang sedia ada..


credit picture: Beautifulnara

No comments:

Post a Comment