Hari nie aku kena jaga kaunter pendaftaran pelajar baru..jumlah pelajar yang mendaftar lebih kurang dalam 350 orang sahaja..maklumlah sesi kali ini untuk pelajar lepasan diploma kejuruteraan dan cikgu-cikgu sekolah rendah yang menyambung ijazah perguruan..
Semalam baca surat khabar jumpa petua simpan sayur..so aku nak share petua nie dalam blog..jika menyimpan sayur didalam peti sejuk terlalu lama pasti sayur tersebut akan layu dan tidak segar untuk dimasak..berikut beberapa petua yang boleh diikuti agar daun sentiasa segar walau disimpan dalam jangka masa yang lama..
1. Boleh guna plastik menyimpan makanan untuk memastikan sayur menjadi segar lebih lama..plastik penyimpan makanan nie seperti pembungkus sandwich atau kuih-muih..
2. Pastikan sayur dalam keadaan kering sebelum disimpan..pastikan sayur dalam keadaan kering kerana air yang berlebihan boleh membuatkan sayur-sayuran menjadi busuk..
3. Rendam dua helai kertas kosong bewarna putih didalam air selama 2 atau 3 minit..kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya..masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembap..kesegaran sayur akan bertahan..
4. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik..kemudian simpan didalam peti sejuk.. cara ini akan membuatkan sayur-sayuran segar selama seminggu..
5. Bagi sayur-sayuran seperti timun, lobak merah dan kobis, potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut..sapukan sedikit garam dan minyak masak..kemudian simpan didalam peti sejuk..pastinya sayur-sayuran ini akan kekal segar dan tidak cepat rosak..
No comments:
Post a Comment