Assalamualaikum,
Masa majlis pertunangan aku tempoh hari, mak ada buatkan kek coklat kukus..sedap sangat kek tue..aku bawaklah pegi ofis untuk bagi kawan2 rasa then ada seorang kawan nie request nak kek tue lagi..so aku buat kan kek untuk dia.. hari nie aku share resipi dengan semua pembaca blog..
carian google
(maaf lah gambar tak sempat nak snap tapi rupa kek coklat kukus sama macam diatas nie)
KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan A
1 1/4 cawan air mendidih
1 1/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula kastor
Bahan-bahan B
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 3/4 cawan tepung kek
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
3/4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
Cara membuat
1. Didihkan air dan masukkan serbuk koko dan gula..kacau hingga sebati dan sejukkan..
2. Didalam mangkuk, campurkan semua bahan A bersama bahan B dan kacau menggunakan pemukul gelung *(yang nie aku guna mixer tangan)..
3. Masukkan dalam bekas plastik tahan gelombang microwave mengikut saiz yang anda suka..kukus selama 25 minit atau sehingga kek masak *(aku lebihkan 5 minit so 30 minit aku kukus kek tue)..
Bahan topping
500gm coklat hitam atau cair *aku guna 250gm coklat masak
150gm susu cair atau krim
1 sudu mentega
Cara membuat topping
1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga cair..curahkan atas kek dan hias mengikut citarasa anda..
selamat mencuba!!!
(^_^)
buatkan lagi kecik, akak sorang je boleh makan sampai abis tau..huhu
ReplyDeleteakak kan peminat coklat sbb tue boleh habis kan kek nie..nanti kte buat kan kek untuk akak lagi ea..
Deletealamak sedapnyer kek coklat tu...=)
ReplyDeletesedap kek coklat nie..try lah buat..boleh kite rasa nanti..hihi
ReplyDelete