Thursday 3 May 2012

Disebalik Tadbir Pesta Buku PWTC

Assalamualaikum,

Selamat petang semua blogger..nak update entry yang tertangguh beberapa hari nie..semalam aku ikut rombongan pergi pesta buku di PWTC..pergi ramai-ramai menaiki bas..kan seronok macam rombongan sekolah (teringat zaman sekolah dulu rajin gak join aktiviti rombongan)..biasalah pagi tue ramai yang tak sarapan lagi so decide nak berhenti di r&r pagoh malangnya banyak kedai tak buka lagi..sedihnya..perjalanan diteruskan dan berhenti di r&r ayer keroh..masing-masing muka kelaparan coz dari pagi tak makan..dah lah kena berkumpul di dataran dalam pukul 7.45 pagi..dah lah bertolak dari parit raja lambat..

Sampai di PWTC lebih kurang dalam pukul 1.00 ptg..masa aku sampai awan dah gelap menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa dengan angin yang bertiup kuat..bila masuk dalam PWTC ramainya budak-budak sekolah terasa diri macam budak sekolah lagi..hihihi so misi diteruskan dengan meneroka setiap pelosok dewan untuk mencari buku..penat gak nak menjelajah setiap dewan..akhirnya jumpa gak buku yang aku ingin beli..aku beli buku di booth PTS dapatlah diskaun 35%..rugi sape yang tak beli..

Hajat dihati bila dah siap beli buku nak keluar pergi SOGO tapi hujan tak berhenti lagi..tak boleh lah nak pergi sana..huahuahua bila hari hujan tak boleh nak gerak pergi mana-mana..pusing lah lagi dalam setiap dewan untuk menjelajah lagi booth mana yang belum masuk lagi..bila tiba kat booth Telaga Biru ada pengumuman bahawa sekejap lagi Ustazah Norbahiyah (Semanis Kurma) akan datang untuk promosi kan buku dia..dapat gak jumpa dengan ustazah walaupun depan booth tue ramainya orang berpusu-pusu untuk dapatkan tandatangan ustazah..

Bas bertolak dari PWTC dalam pukul 5.10 ptg time orang dah balik kerja..jalan jem disana sini..hujan yang berterusan selama beberapa jam menyebabkan air sungai naik ke paras bahaya dan melimpah ke jalan raya..maka terjadilah banjir di Kuala Lumpur..ingatkan kat kampung je yang banjir tapi kat bandar pun boleh banjir bila sistem perparitan tidak diuruskan dengan sempurna..

Bas rombongan berhenti di r&r seremban untuk makan dan solat jamak maghrib serta isyak..tiba-tiba pengawai pengiring beritahu bahawa bas mengalami kerosakan teknikal..apalagi hanya tuhan je tahu perasaan time tue..ada rasa geram, marah, sakit hati dan macam-macam lagi..tapi apa boleh buat kena tunggu bas ganti baru boleh balik..lamanya kena tunggu bas ganti datang..kitaorang kena tunggu dekat 5 jam kat r&r tue..dah lah penat, letih dan nak makan pun tak lalu..

Bas ganti sampai dalam pukul 12.00 tengah malam..perjalanan yang tertangguh akhirnya dapat diteruskan gak..sampai umah dalam pukul 2.30 pagi..masuk bilik air basuh muka dan kaki terus tido..hari nie aku masuk ofis lambat cikit gara-gara kejadian malam tadi..

2 comments:

  1. lau ada masa pegi lah pesta buku tue..rambang mata nak pilih buku-buku yg ada kt situ..

    ReplyDelete