Monday 27 February 2012

Produk Safi Rania Gold

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua..mulakan hari nie dengan senyuman dan semangat untuk bekerja..motivasikan diri sendiri untuk dapatkan mood untuk bekerja dengan lebih ceria..pagi nie nak update entry berkaitan produk penjagaan muka yang aku gunakan..

Sebelum nie aku dah cuba pelbagai produk kecantikan..so akhirnya aku tekad mencuba produk Safi Rania Gold setelah aku search di internet berkaitan testimoni keberkesanan produk nie..aku dah mencuba Safi Rania Gold selama 5 bln..Alhamdulillah kesannya memang menakjubkan..kesan pada kulit lebih lembut dan nampak lebih cerah..

Antara produk Safia Rania Gold yang aku ialah:

Pembersih wajah lebih mendalam
sumber: google
Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD membersih sambil melembap secara mendalam untuk mengatasi kekeringan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Dirumus dengan pH seimbang untuk melembap dan menjadikan kulit terasa halus. Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam.

Skrub wajah
sumber: google
Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD menanggalkan dengan lembut kotoran mendalam dan sel kulit mati yang menutupi liang roma untuk menyihat dan mengembalikan keserian kulit wajah.

Berasaskan krim dengan pH seimbang yang memberikan lembapan berpanjangan kepada kulit.


Penyegar
sumber: google
Penyegar SAFI RANIA GOLD menanggalkan sisa kotoran pada wajah dengan lembut.

Dirumus dengan air mawar, ianya tanpa alkohol dan tidak melekit sambil mengecilkan liang roma serta mengembalikan keanjalan dan kesegaran kulit.

Krim pelembap siang
sumber: google
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI RANIA GOLD mengandungi perlindungan UV ekstra untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan yang disebabkan oleh sinaran UVA dan UVB.

Ia juga mengandungi bahan pengaktif kolagen untuk menstrukturkan dan mengembalikan semula keanjalan dan meningkatkan lembapan kulit.

Krim pelembap malam
sumber: google
Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD bertindak secara intensif untuk memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan menghidrat kulit wajah di waktu malam.

Krim yang berasaskan gel ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda dan lebih anjal.

Krim kecantikan
sumber: google
Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membekalkan nutrien penting yang bertindak mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus.

Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan dan asas solekan untuk kulit wajah kekal awet muda, anjal dan cerah sentiasa.



p/s: selamat mencuba..so pada sesiapa yang telah mencuba boleh lah share testimoni ea..

3 comments:

  1. amboi, bukan main lagi eh, kebelakangan ni, bagus2..jaga muka bagi seri sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue kak..kena jg muka utk lebih berseri dihari bahagia..

      Delete
  2. cntik la muka lepas ni ye..hehe

    ReplyDelete