Thursday, 5 January 2012

Kisah Lama

Assalamualaikum,

Selamat pagi..hari nie aku tak berapa sihat sangat..tapi dalam tak sihat tue tetap nak taip entry kat blog.. peristiwa semalam betul-betul menguji aku disaat lagi 2 minggu nak bertunang..selama nie aku cuba lupakan peristiwa tue walaupun dah setahun berlalu..

Sebelum nie, aku pernah menjalinkan hubungan jarak jauh selama 5 tahun  dengan si A tapi apa yang aku dapat..si A salahkan aku kerana tidak pernah memahami dia dan selalu sakitkan hati dia..aku cuba buat yang terbaik untuk mempertahankan hubungan aku dan si A tapi ada orang yang ketiga dalam hubungan kami..si A putuskan hubungan kami dan bertunang dengan perempuan tue..

Aku cukup sedih dengan apa yang berlaku tapi hanya mampu menanagis..mujur ada emak yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk aku bangkit semula..aku banyakkan berdoa, menggaji dan berzikir untuk tenangkan hati..hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu..

Semalam tunang si A tiba-tiba mesej aku..tak tahu lah dia nak apa sebenarnya..baru aku tahu tak lama lagi si A dan dia akan bernikah..sedihnya aku bila dapat tahu insan yang aku sayang akan kahwin dengan orang lain..sudah tertulis bahawa jodoh aku dengan si A cukup sampai disini..jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t..aku redha dengan ketentuannya..

Tidak lama lagi aku bakal bertunang dengan en TA..apa yang aku harapkan agar dipermudahkan segala urusan..semoga kami mampu hadapi segala dugaan semasa bertunang dengan sabar dan tenang..

No comments:

Post a Comment