Tuesday 17 January 2012

Tips 1: Makanan Mengurangkan Lemak

Assalamualaikum,

Selamat petang semua..entry kali nie aku nak share tips kesihatan.. bagi sesiapa yang mengamalkan diet bolehlah mengamalkan tips ini..bagi mendapatkan diet yang terbaik bolehlah memilih beberapa makanan yang boleh menghindari lemak..antara tips yang boleh dikongsikan ialah:

1. Epal
Epal adalah sumber serat yang sangat baik..serat bukan sahaja dapat melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan kolestrol tetapi tidak menghasilkan banyak kalori sekali gus rasa kenyang mampu bertahan lama..

2. Salmon
Makanan laut sememangnya menjadi sebahagian daripada pilihan makanan yang sihat..pilihan yang terbaik untuk mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan ialah ikan salmon..lemak ikan ini mampu membuat rasa kenyang bertahan lama..

3. Tomato
Mengambil banyak sayuran sememangnya baik untuk diet..antara sayur-sayuran yang disarankan ialah tomato..sebiji tomato merah hanya mengandungi 43 kalor..selain itu, tomato dapat mencantikkan kulit..

4. Badam (almond)
Sebilangan kita mempunyai tabiat gemar mengunyah sesuatu ketika selang waktu makan utama..apa kata kunyah saja segenggam badam sebagai kudapan pada waktu siang..kajian membuktikan wanita yang makan kacang badam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu lebih berjaya menjaga berat badan berbanding mereka yanag tidak mengambilnya..

5. Tauge
Tauge bukan setakat murah bahkan mengandungi banyak fosfat, zat besi dan air..tauge dapat mencegah terbentuknya lemak dibawah kulit..tauge boleh dimanfaatkan menjadi sebahagian daripada makanan diet..

Sumber: akhbar mega utusan malaysia

No comments:

Post a Comment